Usahawan Watie Hanifiah meluahkan rasa syukur apabila dikurniakan seorang lelaki seperti Shuib. Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Watie menyifatkan Shuib sebagai ‘suami kiriman Tuhan.’ Menurut Watie, 35, dia tidak merasa momen berdua ketika mereka di fasa percintaan kerana Shuib sering ditemani ibu Salamiah Jalani, dan anak-anak.
Pemilik nama sebenar, Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah turut mendedahkan Shuib sering menasihatinya untuk bersabar kerana dia tidak seperti ‘boyfriend’ lain yang ada di luar sana. "Banyak benda sebenarnya pertama kali yang buat bersama dia ini. Dia selalu minta bersabar sebab bercinta dengan dia tak macam bercinta dengan orang lain dia cakap. "Bila dating, bawa kawan, anak dan mak. Jalan tak ada nak pimpin-pimpin tangan, tak ada dinner date, tak ada nak melancong berdua-duaan. "Bila nak buat kejutan ulang tahun kelahiran kita pun, dia datang buat kejutan tetapi duduk di meja lain. Pandang, jeling saja dari jauh," tulisnya.
|
rosevelvet replied at 25-6-2023 05:10 PM
Punyalah dah normalisasi pegang n peluk sblm kawen sampaikan dianggap begitu rare bila xde sentuh sb ...
red_velvet replied at 25-6-2023 09:28 AM
Terpaling tak berpegang tangan masa bercinta ya . Tapi dah nak dekat kawin pegang - peluk - riba jug ...
ADVERTISEMENT