CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pekerja Rancang Rompakan Di Tempat Kerja Sebab Nak Pulang Awal

25-6-2023 03:58 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 329| Komen: 2

Washington: Hanya kerana berasa letih dan ingin pulang awal, seorang kerani stesen minyak di Tulsa, Oklahoma sengaja merancang kes rompakan di tempat kerjanya.

Oddity Central melaporkan, Isaias Jones menghubungi Jabatan Polis Tulsa 5 Jun lalu, melaporkan seorang lelaki bertopeng membawa senjata api masuk ke kedai di stesen minyak berkenaan.  



Jones mendakwa perompak itu mengancam untuk menembaknya jika dia tidak memberikan semua duit di dalam mesin wang premis itu. 

Jones mengakui mematuhi arahan tersebut sebelum perompak bertopeng itu meninggalkan premis berkenaan. 

Kamera pengawasan mengesahkan laporan yang dibuat Jones dan rakaman itu juga membantu polis menangkap perompak berkenaan.

Bagaimanapun, perompak itu memberitahu penyiasat bahawa dia hanyalah ‘orang suruhan’ dan mendedahkan, seorang wanita bernama Alyia Locke yang mengarahkan rompakan itu.


Jones akhirnya ditahan selepas mengakui dia yang mengupah Locke mencari seseorang untuk menyamun stesen minyak itu kerana mahu pulang awal pada hari kejadian.

Locke dan Jones kini dilaporkan ditahan di Penjara Daerah Tulsa atas kesalahan penyelewengan serta konspirasi untuk melakukan jenayah, sementara perompak yang terbabit dalam rompakan itu didakwa di mahkamah kerana memiliki senjata api. 


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 25-6-2023 05:20 PM
Kalau ada hakim yang percaya memang bodoh macam editor Cari lah
Quote sailormars 25-6-2023 10:03 PM
mcm cite tamil dia punya plot twist

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-3-2025 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.036228 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top