CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Op Samseng Jalanan: 54 Motosikal Disita, 290 Saman Dikeluarkan

25-6-2023 03:53 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 268| Komen: 1

Butterworth: Sebanyak 54 buah motosikal disita dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan di Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Bagan Ajam di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Mohd. Radzi Ahmad berkata, sebanyak 290 saman turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam operasi terbabit.


Sebahagian daripada motosikal yang diperiksa dan disita dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan di BORR, Bagan Ajam, Pulau Pinang hari ini. - Pic: IHSAN POLIS

Terdahulu, operasi itu dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD SPU bermula pukul 11.45 malam sehingga 10 pagi.

“Mereka yang berusia antara 18 sehingga 30-an ditahan kerana melepak dan membuat bising di kawasan terbabit.

“Selain itu, antara kesalahan lain yang dikesan ialah motosikal turut diubah suai selain penunggang tidak memiliki lesen yang sah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Mengulas lanjut, Mohd. Radzi menegaskan, polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti tidak bermoral.

“Operasi akan giat diteruskan bagi membendung kegiatan ini daripada menular,” katanya. 


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 25-6-2023 08:05 PM
Jangan benarkan diorang ni masukk negeri maju Pulau Pinang

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-3-2025 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.035375 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top