CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bank Dunia Lulus Lebih Rm514 Juta Pertingkat Pendidikan Filipina

25-6-2023 03:07 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 248| Komen: 0

Manila: Bank Dunia semalam meluluskan pinjaman AS$110 juta atau RM514.42 juta bagi membiayai projek peningkatan kualiti pendidikan di selatan Filipina.

Pemberi pinjaman pelbagai hala itu, berkata hampir dua juta dari tadika hingga gred enam serta lebih 60,000 guru dan pentadbir sekolah di tiga wilayah miskin di barat Mindanao bakal mendapat manfaat daripada projek berkenaan.



Program bimbingan akan menumpukan kepada usaha meningkatkan kemahiran literasi, numerasi dan sosioemosi untuk pelajar, terutama menekankan pembinaan keamanan, arahan sensitif jantina, iklim dan daya tahan bencana dan pendidikan inklusif.

Memetik laporan Xinhua, projek itu juga akan memberikan peluang pembangunan profesional kepada guru dan pentadbir sekolah serta penyelia.

Pengarah Bank Dunia bagi Brunei, Malaysia, Filipina dan Thailand, Ndiamé Diop, berkata projek itu sebahagian daripada sokongan berterusan pemberi pinjaman pelbagai hala untuk meningkatkan modal insan di Filipina.


Dalam dekad yang lalu, Filipina meningkatkan pelaburan dalam pendidikan asas dan menyaksikan peningkatan dalam enrolmen.

Bagaimanapun, hasil pembelajaran kekal lemah dan pandemik COVID-19 semakin memburukkan cabaran. - Agensi


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-3-2025 04:44 PM GMT+8 , Processed in 0.535622 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top