Vokalis Damasutra, Baggio, 52, menyifatkan dia tiada masa untuk menyertai program realiti TV membabitkan persaingan penyanyi lama seperti Gegar Vaganza (GV). Baggio atau nama sebenarnya Bahagia Daharun berkata, atas sebab itu dia membuat keputusan menolak tawaran daripada pihak penerbitan GV yang diterimanya setiap musim.
"Saya tiada masa untuk program itu (GV) kerana daripada awal lagi, sejak musim pertama saya sudah ditawarkan untuk turut serta. Jadi, saya tidak layak untuk hadir dalam program sebegitu. 'Ini kerana, ia mendatangkan sesuatu yang berisiko dan akan membuka luas kelemahan saya. Jadi, saya 'play safe' supaya untuk relevan dalam industri kita tak sempurna. Kita manusia biasa, kita ada kelebihan, kita ada kelemahan," katanya kepada Harian Metro. Ujar penyanyi lagu Umpama Mimpi Dalam Mimpi ini, baginya tidak perlu untuk dia mempersembahkan kelemahan dirinya. Katanya, dia selesa menolak dengan baik kerana tidak dapat memberi komitmen.
"Apatah lagi, dalam industri muzik saya di luar masih ada permintaan. Semuanya boleh 'check' (periksa) di YouTube yang saya ada keluar dengan lagu-lagu solo walaupun tidak bersama Damasutra. "Saya sentiasa berkarya. Kepercayaan saya ialah karya, bukan untuk memasuki apa-apa dalam bentuk realiti yang membolehkan mencela saya punya integriti," katanya. Sumber: Harian Metro |
TomyamPuteh replied at 26-6-2023 12:28 PM
Dia la rentis yg perasan terpaling hensem zaman tgh mendonia. Jelingan mata dia mampu melemahkan ram ...

ADVERTISEMENT