Ipoh: Pelajar tahfiz yang ditemukan semalam selepas tiga hari hilang di kawasan kebun getah di Kampung Tanjong Sejarah, Kampung Tawai, Gerik dekat sini mendakwa mendengar suara orang memanggil namanya, namun tidak nampak sesiapa.
Berdasarkan kisah yang diceritakan Muhammad Naufal Adzimi, bapanya, Mohd Harriz Muhamed, 46, berkata anaknya yang berusia 17 tahun itu berada di kawasan sekitar tetapi tidak berupaya untuk menjumpai pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sepanjang kehilangannya. "Muhammad Naufal juga tidak makan selama tiga hari dan hanya minum air parit yang terdapat di kawasan kebun itu," kata Penolong Jurutera Majlis Daerah Gerik itu. Mohd Harriz berkata ketika kejadian, anak kedua daripada lima beradik itu keluar dari rumah pada awal pagi untuk menunaikan solat subuh di Masjid Jamek Gerik sebelum hilang dan tidak pulang.
Beliau berkata anaknya memberitahu ketika menunggang motosikal seorang diri, tiba-tiba dia hilang kawalan sebelum tidak sedarkan diri. Mohd Harriz berkata usaha pencarian Muhammad Naufal Adzimi hanya menemukan motosikal ditungganginya di kawasan kebun berkenaan sebelum beliau melaporkan kehilangan anaknya itu kepada pihak polis. Menurutnya, Muhammad Naufal Adzimi yang mengalami beberapa kesan calar pada muka dan badannya kini masih menerima rawatan di Hospital Gerik dan berada dalam keadaan stabil. Semalam, pasukan SAR melaungkan azan sebelum menemukan pelajar yang dikatakan mengalami kecelaruan minda itu dalam keadaan selamat pada 10.49 pagi kira-kira dua kilometer dari lokasi motosikal yang ditinggalkan mangsa ditemukan. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak Sabarozi Nor Ahmad dilaporkan berkata lokasi berkenaan sebelum ini telah dibuat pencarian, namun kemungkinan situasi mangsa yang bergerak menyebabkan dia tidak dijumpai sebelum ini. Terdahulu, operasi hari keempat diteruskan semalam dengan kekuatan anggota 94 orang termasuk polis, unit K9 bomba, Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan orang awam. Sumber: Harian Metro |
ulamalu replied at 25-6-2023 02:15 PM
Ada unsur mistik kah?
stingerbumpy replied at 25-6-2023 03:44 PM
Kita ada pakar sore sore halus, our very own @MatDeghem to give penelekheun yg jitu....ttg jenis jen ...
MatDeghem replied at 26-6-2023 06:27 AM
Bhai.....wa hanya pakar tentang suara halus neelopah lu yang selalu membisik di telinga lu, bila te ...
stingerbumpy replied at 26-6-2023 07:32 AM
Koyak rabak betul ko berjela berkarangan?
Virus keturunan boleh menakrif sore2 halus dari dlm kub ...
MatDeghem replied at 26-6-2023 08:08 AM
Sekarang siapaa yang koyak bhai....? wa relax jawab dgn penuh.
siapaa yg korek kubooor , siapaa y ...
stingerbumpy replied at 26-6-2023 08:52 AM
Carut denotes koyak? Saper ajar ko? Mak ko dlm kubur?
Kahkahkahkahkah
MatDeghem replied at 26-6-2023 09:12 AM
semua tahu. bila koyak ...pak manak/pak gad mula PA. korek2 kubor, korek2 amak apak laki anak oran ...
ADVERTISEMENT