CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Diperkosa Bomoh Ketika Ritual Mandi Bunga, Ditipu Konon Terkena Sihir

25-6-2023 02:02 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 533| Komen: 2

Percaya dengan kata-kata bomoh, seorang remaja berusia 16 tahun melalui detik malang apabila menjadi mangsa rogol lelaki itu.

Menerusi laporan Kompas.com, kejadian pada 1 Jun itu bermula apabila ibu saudara kepada remaja terbabit ingin mendapatkan khidmat bomoh berkenaan.


Menurut wakil ketua pusat perlindungan Tangerang, Syukron Nur Arifin, pada awalnya mandi bunga hanya dilakukan oleh ibu saudara mangsa.


Namun selepas upacara tersebut selesai, bomoh yang dikenali sebagai Mamang Ompong menyatakan remaja berkenaan terkena sihir guna-guna dan perlu mandi bunga.

Ibu remaja terbabit kemudiannya bersetuju dengan saranan bomoh.

"Dia diperkosa semasa upacara mandi bunga dilakukan iaitu selepas ibunya disuruh keluar," katanya.

Bagaimanapun, remaja terbabit hanya melaporkan kejadian berkenaan selepas beberapa hari berlalu kerana berasa takut.


Tambah Syukron, mangsa kini berada dalam keadaan trauma dan perlu mendapatkan rawatan psikologi.

Hasil pemeriksaan mendapati terdapat luka pada bahagian kemaluan mangsa.


Sumber: mStar





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 25-6-2023 02:21 PM

Quote lanacondor 25-6-2023 05:14 PM
Ya Allah kesiannya adik tu...

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-3-2025 04:44 PM GMT+8 , Processed in 0.426902 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top