CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Kumpulan IVE Tuai Pujian, Tunai Hasrat Pesakit Kanser

25-6-2023 11:35 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 473| Komen: 0

Kumpulan wanita popular, IVE menjadikan impian si cilik penghidap kanser tulang untuk bertemu mereka menjadi nyata.

Beberapa keping foto telah dikongsi dalam laman Instagram rasmi ‘Make-A-Wish Korea,’ yang merakam detik menyentuh hati apabila kumpulan tersebut melawat Yunji, seorang pesakit kanak-kanak berusia 10 tahun.



Meskipun Yunji terpaksa duduk di kerusi roda, dia tetap bersemangat mempamerkan tarian koreografi di hadapan Ive selain sempat berbual dengan anggota kumpulan lain tentang hobi dan aktiviti kegemarannya.

Hasrat Yunji untuk bertemu kumpulan kegemarannya itu menjadi kenyataan sekali gus menyuntik semangat keberanian dalam dirinya untuk terus melawan penyakitnya dengan harapan yang menggunung kembali sihat seperti sedia kala.


Sumber: Kosmo! Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2026 12:36 AM GMT+8 , Processed in 0.103227 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top