CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Syurga' Orang Kaya

25-6-2023 11:16 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 922| Komen: 7

Dubai: Dubai melancarkan semula projek mega, pulau buatan Palm Jebel Ali di selatan bandar raya itu.

Projek itu bermula pada 2002, namun pembinaannya terhenti pada 2008 berikutan kegawatan ekonomi. Bagaimanapun, menurut portal The National, kerja-kerja menambak tanah pulau itu sudah lama disiapkan iaitu 15 tahun lalu.


Palm Jebel Ali - seperti satu pulau buatan ikonik di Dubai iaitu Palm Jumeirah - berbentuk pokok palma. Namun, saiznya 50 peratus lebih besar berbanding Palm Jumeirah.

Palm Jebel Ali di Dubai bakal menyediakan tempat tinggal untuk 35,000 keluarga serta 80 hotel dan resort. FOTO Dubai Media Office

Apabila siap, ia akan menyaksikan tujuh pulau yang bersambung membentuk Palm Jebel Ali. Ia sekali gus menambah garisan pantai sepanjang 110 kilometer untuk Dubai.

Selain itu, ia bakal menyediakan tempat tinggal untuk 35,000 keluarga serta 80 hotel dan resort.


Perdana Menteri Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Pemerintah Dubai Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum dalam pengumumannya menjelaskan bahawa pelancaran semula projek mega itu adalah sebahagian daripada Pelan Induk Bandar Dubai 2040.

Pejabat Sheikh Mohammed dalam kenyataannya berkata, pelan induk itu menggariskan strategi komprehensif untuk pembangunan bandar mampan di Dubai, dengan tumpuan meningkatkan kesejahteraan rakyat dan kualiti hidup.

Menurut kenyataan itu, kemampanan akan menjadi tumpuan utama projek itu, dengan rancangan untuk memasukkan sumber tenaga boleh diperbaharui ke dalam reka bentuk infrastruktur.

Selepas siap, sehingga 30 peratus tenaga di pulau itu dijangka dijana daripada sumber boleh diperbaharui.

Kerja menambak tanah untuk pulau buatan, Palm Jebel Ali sudah siap 15 tahun lalu.

Pelan Induk Bandar Dubai 2040 juga bertujuan mengukuhkan kedudukan Dubai sebagai destinasi global untuk warganya, penduduk UAE dan pelawatnya dalam dua dekad akan datang.

Arabian Business melaporkan, ia menggabungkan pelbagai pelan induk pembangunan bandar sedia ada di UAE dan menyelaraskannya dengan keutamaan ekonomi strategik Dubai selari keperluan masa depan.

Pelan berkenaan mewakili rancangan pembangunan ketujuh untuk Dubai sejak 1960 di mana dalam tempoh ini, penduduk Dubai sudah meningkat sebanyak 80 kali ganda, iaitu daripada 40,000 pada 1960 kepada 3.3 juta pada 2020.

Palm Jebel Ali akan menawarkan kehidupan mewah di tepi pantai, kepelbagaian pilihan kemudahan hiburan dan riadah yang semuanya akan membantu menyumbang secara besar-besaran kepada sektor pelancongan Dubai.

Pulau buatan manusia yang luar biasa di luar pantai Dubai itu adalah bukti reka bentuk kejuruteraan dan seni bina yang mengagumkan. Projek itu juga mempertimbangkan faktor persekitaran dengan memelihara habitat marin.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 25-6-2023 11:17 AM
ermmmm...
Quote Buritan 25-6-2023 04:51 PM
Aku jadilaa tido di avanii dgn hibiscus lexis
Quote Decaffeinated 25-6-2023 05:44 PM
Gah dari atas. Bila ko dah duduk bawah tu bukan ada beza pun macam dok tepi pantai ja.
Quote Samerosie 25-6-2023 05:54 PM
Buritan replied at 25-6-2023 04:51 PM
Aku jadilaa tido di avanii dgn hibiscus lexis

Kaka, i suka avani my new preferred staycation.  Hibiscuits tak best sangat nak makan kena keluar jauh, avani jalan sikit dah seafood resto semua.
Quote margo20 25-6-2023 06:06 PM
Camne dia maintain air keliling tu biru?
Quote Buritan 25-6-2023 06:29 PM
Samerosie replied at 25-6-2023 05:54 PM
Kaka, i suka avani my new preferred staycation.  Hibiscuits tak best sangat nak makan kena keluar  ...

Kita poi sini sbb laki kusus.. mkn pun hotel provide sekali hehehe..tp mmg bestlaa duk kat sini...
Quote rosmahisham 25-6-2023 11:26 PM
Burger Mcd dubai sdp sgt aku rasa..tp panaih la dubai ni berlemuih g sana!

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-3-2025 04:44 PM GMT+8 , Processed in 0.162215 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top