Penyanyi Kucaimars adalah antara bakat baru yang sedang meningkat naik namun tiba-tiba hilang dari radar dunia muzik selama setahun. Menjelaskan perkara itu, pemilik nama sebenar, Amirul Husyairi Nani, berkata dia memencilkan diri untuk memberikan tumpuan kepada perniagaan yang diusahakan sebelum ini.
Dalam tempoh itu juga, penyanyi berusia 25 tahun itu mengambil kesempatan untuk mencari ilham lagu baharu buat peminatnya. Hasilnya, Kucaimars tampil dengan single terbaharu berjudul Salah Hati yang merupakan lagu pertama selepas beralih ke syarikat rakaman baharu iaitu Armani Entertainment Group (AEG). "Sebagai permulaan Salah Hati adalah lagu pertama saya bersama AEG dan pihak pengurusan faham akan citarasa saya yang gemarkan lagu-lagu galau dari Indonesia," katanya menerusi satu kenyataan kepada mStar. Berkongsi mengenai lagunya, Kucaimars berkata Salah Hati mengisahkan tentang sepasang kekasih yang mencintai orang lain sehingga akhirnya salah seorang daripada mereka kecewa.
|
ADVERTISEMENT