CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerajaan Kaji Lokasi Bangun Stesen Minyak Tanpa Subsidi Di Johor Bahru

24-6-2023 10:50 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1649| Komen: 33

Johor Bahru: Kerajaan sedang mengkaji lokasi sesuai bagi membangunkan stesen minyak tanpa subsidi di daerah ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.


Beliau berkata kajian terperinci perlu dibuat oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), memandangkan Johor bersempadan dengan Singapura dan banyak kenderaan dari republik itu mengisi petrol di bandar raya ini.

Salahuddin Ayub

"Menerusi projek rintis di dua stesen minyak tanpa subsidi yang dibuka di Padang Besar dan Wang Kelian, Perlis, ia dapat menjimatkan hampir RM6 juta peruntukan subsidi minyak kerajaan.

"Di Johor Bahru ini, kita sedang buat kajian terperinci kalau ada tempat sesuai, kita akan buka untuk mengelakkan atau meminimumkan aktiviti pembelian minyak bersubsidi (oleh kenderaan asing)," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran iTTV e-Learning Rahmah di Kempas di sini hari ini.


Pada 18 Mei lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilapor berkata KPDN kini di peringkat akhir untuk memuktamadkan pelaksanaan stesen minyak tanpa subsidi di beberapa negeri lain selepas projek rintis dilaksanakan di Perlis.

Ahmad Zahid dipetik berkata KPDN sedang peringkat akhir memuktamadkan pelaksanaan stesen minyak tanpa subsidi terutamanya di Kelantan dan akan disusuli dengan Kedah, Perak, Sarawak, Sabah dan Johor.

Sementara itu, Salahuddin turut mengingatkan bahawa kenderaan berpendaftaran asing tidak dibenarkan mengisi petrol bersubsidi RON95 termasuklah mengisikannya ke dalam tong untuk kegunaan kenderaan lain kerana subsidi petrol hanya diberikan kepada rakyat Malaysia.

"Berhubung kes tular melibatkan warga Singapura mahu membeli bahan api itu, bukti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan dia tidak sempat membelinya. Alasan diberi iaitu untuk kegunaan go-kart… saya sedang menunggu laporan daripada KPDN Johor, jika pemilik stesen melakukan kesalahan, mereka boleh didakwa mengikut undang-undang," katanya.

Semalam, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Rahmat Ariffin dilapor berkata pihaknya membuka satu kertas siasatan berhubung kes pertengkaran mulut melibatkan seorang penghantar makanan dan dua lelaki warga asing di sebuah stesen minyak di Iskandar Puteri, pada 16 Jun lepas. 


Sumber: Bernama



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 25-6-2023 06:02 AM
My kad kan ada. Lepas buat stesyen minyak singaporean masih pg stesyen minyak biasa juga.

Susah kalau terlampau cerdik dan tak praktikal
Quote Tinot7 25-6-2023 06:03 AM
Lepaih ni slow2 hapus subsidi minyak yachh??
Quote krustykrab 25-6-2023 07:02 AM
CiliPadiSedap replied at 25-6-2023 06:02 AM
My kad kan ada. Lepas buat stesyen minyak singaporean masih pg stesyen minyak biasa juga.

Susah ka ...

Tu lah...masa jd pembangang nmpk cerdik..dh jd gomen terus terserlah kebodohan & penipuan
Quote Minami2013 25-6-2023 07:11 AM
CiliPadiSedap replied at 24-6-2023 10:02 PM
My kad kan ada. Lepas buat stesyen minyak singaporean masih pg stesyen minyak biasa juga.

Susah ka ...

Betul.. tap je sebelum isi mcm tap cc.
Quote FOTHER-MUCKER 25-6-2023 07:27 AM
Buang  masa sahaja idea ni.
Quote antikorok 25-6-2023 07:45 AM
Senyap senyap tipoo (SST) tersengih-sengih
Quote Firenzza 25-6-2023 07:48 AM
Bodoh punya idea ....... Dia ingat spore cuma isi minyak kt JB je ke? Nti dia cdg buat kt mlk, ns, sgor ..1 msia.....senang nk ttup stesen yg jual subsidi plk....hadap la korang dpt muntri x cerdik nih
Quote zarulnazmi 25-6-2023 09:06 AM
Dia fikir kalau buka stesen minyak tanpa subsidi ada malaun-malaun babipura tu nak pergi ke sana? Takde maknanya.
Quote honeybee1802 25-6-2023 10:16 AM
Scan mykad/passport la...apooo...
Quote Solokkk 25-6-2023 10:19 AM
Bodow
Quote Decaffeinated 25-6-2023 10:39 AM
Tak payah kaji lah benda tak praktikal dijamin gagal. Sekarang aku boleh jawab.

Quote Samerosie 25-6-2023 10:40 AM
Tak payah la buang masa dan duit rakyat.
Quote ninja boy 25-6-2023 11:15 AM
Edited by ninja boy at 25-6-2023 01:13 PM

Keta plet singapore parking tepi, kemudian pakai plet malaysia utk jalan2 1 malaysia pakai petrol subsidi gituh. Pakai ic pulak mcm haram check setiap org mau isi petrol waktu pagi2 terkejar2 pergi kerja, ic mana boleh keluar2 selalu senang tercicir la terjatuh la
Quote shamsadis 25-6-2023 11:17 AM
tukar teknik bayaran. hapuskan bayaran menggunakan kad kredit/ kad debit di pam. nak bayar kena terus ke kaunter. kaunter boleh tengok CCTV nombor plate kereta. buat dalam 30km dari sempadan.

pasang pagar, nak masuk bayar dulu, baru boleh masuk ke stesen. dah bayar pam 96, pam 95 automatik stop.
Quote CiliPadiSedap 25-6-2023 12:13 PM
krustykrab replied at 25-6-2023 07:02 AM
Tu lah...masa jd pembangang nmpk cerdik..dh jd gomen terus terserlah kebodohan & penipuan

Memang pekat bodoh pun. Kalau buka stesyen minyak? Lepas tu enforcement tak di lakukan dh sah2 singaporean pg stesyen minyak lain.

Cara dia orang fikir kalau buka stesyen minyak tanpa subsidi, singapore or thai akan pg guna stesyen minyak tu?

Memang x lah.

Dia orang ni kehilangan formula masa jadi pembangkang ke? Nampal carca marba x efficient

Ringgit akan cecah rm 4.90 = 1 usd . Maybe around bulan 10.
Quote CiliPadiSedap 25-6-2023 12:15 PM
zarulnazmi replied at 25-6-2023 09:06 AM
Dia fikir kalau buka stesen minyak tanpa subsidi ada malaun-malaun babipura tu nak pergi ke sana? Ta ...

Setuju. Dia orang ni buat kerja nampakkan xguna otak untuk berfikir.

Ketua dia orang lagi hebat sembang noktahkan kemiskinan akhir tahun ni

Lagi temberang besar subsidi elektrik sampai akhir tahun

Ikut kefahaman kaka akhir tahun ni subsidi elektrik belum tentu ada sebab semua orang dh jadi kaya tiada kemiskinan

Hahaha pelawok. Lagi temberang pelawok ringgit lemah sebab pelabur luar dapat berita madanon tumbang ogos ni. Kuat benar membohong
Quote CiliPadiSedap 25-6-2023 12:24 PM
kaka punya idea guna my kad, bila lagi nak guna kehebatan ic mykad cip paling secure di banggakan?

scan je kat cashier. baru bayar. bila dah bayar pam ron 95 baru boleh guna. kalau takde my kad automatik bayar untuk ron 97.

benda simple. kenapa nak buat benda complicated?? kelakar betul lah pelawok pelawok.
Quote CiliPadiSedap 25-6-2023 12:30 PM
Tinot7 replied at 25-6-2023 06:03 AM
Lepaih ni slow2 hapus subsidi minyak yachh??

madanon cakap hujung tahun ni dia berjaya noktahkan kemiskinan. so semua orang dh kaya tak perlukan subsidi minyak?
kaka dengar temberang noktahkan kemiskinan pun kaka tahu pelawok pelawok

negara kita negara kecil eksport negara kita jatuh sebab rakan dagangan kita china ekonomi tengah failure. celah bedah mana nak dapat duit bantu orang miskin? dan generate ekonomi negara?


ringgit jatuh forecast cecah rm 4.90 = 1 usd
klci jatuh teruk pelabur lari negative growth

so melalui data2 ekonomi yang di atas adakah noktahkan kemiskinan berjaya? dengar je lah temberang negara kita bukan macam dubai mampu bagi satu lot tanah rumah kepada rakyat mereka. dubai yang kaya raya tu pun tahu hambat halau pekerja asing duduk satu zoning area.kalau ekonomi kita lemah jangan mimpi lah nak noktah kemiskinan.

kt negara wakanda, siap ada bangla kes rogol oku viral kt youtube. bangla rohingya bawa motor kereta tiada lesen.

my sense kalau ada rezeki duduk je luar negara. yang mana sistem governer lebih efficient dan ekonomi lebih stabil. kaka tak nampak future sebab our fdi not strong enough to support depriciation ringgit.
Quote Decaffeinated 25-6-2023 01:03 PM
Idea scan passport/myKad tu easier said than done. Nak develop software, upgrade infra itu semua cost. Lepas tu nak implement area mana? Seluruh JB, seluruh Johor, satu Malaya? demi a handful of foreign registered car. Belum lagi kata menyusahkan majoriti rakyat yang tak ada kena mengena, berbaloi ka?

Nak kembali ke zaman batu bayar guna cash sahaja? Hmm ja lah


Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-3-2025 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.332581 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top