CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pasangan Jual Nasi Lemak Ditahan Dera Anak

24-6-2023 10:42 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 471| Komen: 0

Kuala Lumpur: Derita seorang budak lelaki berusia tujuh tahun yang dipercayai didera bapa tirinya di sebuah rumah dekat Taman Sri Rampai, Setapak di sini, berakhir selepas dia diselamatkan pihak berkuasa semalam.


Nasib malang diharungi kanak-kanak itu terbongkar selepas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerima laporan daripada jiran mangsa, sebelum membuat pemeriksaan terhadap rumah berkenaan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata polis menerima laporan daripada pegawai JKM mengenai kejadian pada petang semalam.


"Bertindak atas laporan, sepasukan polis ke lokasi pada kira-kira jam 8 malam lalu menahan ibu kandung mangsa berusia 35 tahun dan bapa tiri berusia 37 tahun.

"Pemeriksaan ke atas mangsa mendapati terdapat beberapa kesan lebam dan rotan di kaki serta pipi.

"Mangsa adalah anak tunggal suspek wanita dan kemungkinan didera antara seminggu atau dua minggu lalu berdasarkan kesan kecederaan mangsa yang masih baharu," katanya dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Taman Angkat Skuad Aman Wanita (Amanita) Taman Bukit Cheras di sini, hari ini.


Mengulas lanjut, beliau berkata, mangsa sudah dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.

Berdasarkan siasatan awal, suspek yang juga peniaga nasi lemak mendakwa mendera kanak-kanak itu kerana nakal.

Menurut Mohd Shuhaily, semakan polis mendapati suspek lelaki positif dadah jenis methamphetamine, manakala isterinya negatif.

Katanya, pasangan terbabit direman lima hari bermula hari ini sehingga Rabu depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-3-2025 04:44 PM GMT+8 , Processed in 0.701729 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top