CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

8.4 Tan Durian Seludup Dirampas

24-6-2023 08:18 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 229| Komen: 0

Bangkok: Pasukan kastam Thailand merampas sebanyak 8.4 tan durian yang disyaki diseludup masuk ke negara itu dari Kemboja.

Portal berita PBS melaporkan, durian itu untuk dijual di Thailand dan diseludup menggunakan sebuah lori di daerah Wang Somboon, wilayah Sa Kaeo semalam.


Sebanyak 8.4 juta tan durian dipercayai dari Kemboja diseludup masuk ke Thailand dengan menggunakan sebuah trak di daerah Wang Somboon semalam. - The Custom Department

Pada mulanya, anggota-anggota Kastam yang ditempatkan di sebuah pusat pemeriksaan di hadapan Hospital Wang Somboon berasa curiga melihat sebuah lori enam roda.

Mereka kemudian menahan trak tersebut dan kemudan melakukan pemeriksaan serta menemui durian bernilai kira-kira 1.17 juta baht (RM225,533).

Pemandu lori itu pula tidak dapat mengemukakan dokumen bagi menyatakan dari mana buah itu datang.


Dia dijangka akan didakwa kerana terlibat melakukan penyeludupan dan durian-durian tersebut telah dihantar ke pejabat kastam di daerah Aranyaprathet.


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-3-2025 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.147764 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top