CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Lebih 20 Tahun Berkawan Dengan Buaya, Anggap Macam Anak Sendiri

24-6-2023 08:13 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1301| Komen: 12

Jakarta: Seorang nelayan sudah berkawan dengan seekor buaya air masin sepanjang empat meter selama lebih 20 tahun. Malahan, dia turut menganggap reptilias itu sebahagian daripada masyarakat tempatan.


Menerusi laporan laman berita Oddity Central, Ambo, 59, mendapat perhatian ramai kerana persahabatan luar biasa dengan seekor buaya gergasi yang dinamakannya sebagai Riska.

Ambo kebiasaannya akan memberi Riska makan tiga ekor ayam. - Instagram

Riska sudah menjadi sebahagian daripada hidup Ambo selama 26 tahun sejak ia pertama kali dilihat di perairan Pupuk Kaltim. Buaya itu hanya bersaiz kira-kira 1 meter ketika itu.

Ambo tidak mengendahkan kehadiran Riska apabila ia lalu di bawah botnya, namun apabila buaya itu mengikutinya pulang, dia memberinya makanan dan persahabatan itu bermula.

“Jika saya tidak melihatnya selama dua atau tiga hari, saya akan mencarinya. Saya layan ia seperti anak sendiri,” kata Ambo.


Riska sering terapung berhampiran bot Ambo dan tidak akan pergi sehingga nelayan itu mengusap belakang badannya.

Ia selalu melawat rumah Ambo apabila lapar dan lelaki itu gembira untuk berkongsi makanan.

Apabila Ambo tiada di kampung selama dua tahun kerana bekerja di Samarinda, dia meminta nelayan tempatan untuk menjaga Riska. 

Mereka akan memberinya makan lebih tangkapan dan sejak itu Riska menjadi sebahagian daripada penduduk tempatan. 


Sumber: Kosmo! Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 24-6-2023 08:19 PM
Cerita beastiality deols memang popular tiap tahun hada ja masuk Cari lepas virel kan.
Quote Binodino 24-6-2023 08:42 PM
Oh riska. Ingatkan friska
Quote SalenaGomez 24-6-2023 08:50 PM
Indon ni level ngarut tu ada yg mengaku beranak kembar, anak tu kembar ngn buaya…bela laaa buaya tu sampai besar…pelik2 je
Quote Purplehaz 24-6-2023 08:55 PM
Untunglah dpt bela boye
Quote MissVixen 24-6-2023 08:56 PM
Binatang liar ni bukan boleh percaya. Bila si ambo ni takde makanan nak bagi, tangan pulak kena sambar nanti.
Quote Skuau 24-6-2023 08:56 PM
SalenaGomez replied at 24-6-2023 08:50 PM
Indon ni level ngarut tu ada yg mengaku beranak kembar, anak tu kembar ngn buaya…bela laaa buaya tu ...

anak 'buaya putih' la tu..(movie indon dedulu....)
Quote intan244 24-6-2023 10:22 PM
moga buaya ni bukan jenis kawan makan kawan
Quote noor2 24-6-2023 10:25 PM
Cerdik buaya ni...x payah susah2  nk cari makanan
Quote kotakominami 25-6-2023 11:01 AM
Dasar buaya!! time nak bukan main buat baik....
Quote Burong_Hantuk 25-6-2023 11:19 AM
seramnya......
Quote Tinot7 25-6-2023 12:51 PM
Verani wehh...
Quote ketambangkang 26-6-2023 03:25 PM
si ambo ni bukan kosong gitu je ni, ade ilmu penunduk haiwan jgk tu..arwah moyang sedara aku dulu ade ilmu gini, bole tundukkan binatang buas..dia pernah jadi juru iring golongan istana pergi berburu..org cite time jumpe rimau dlm hutan, dia tenung rimau terus rimau tu duduk melutut..kata org la, aku pon x sempat jumpe dia

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-3-2025 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.057233 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top