CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekas Pemain Kebangsaan Ditahan Gara-Gara Ceroboh Bilik Hotel

24-6-2023 08:01 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1938| Komen: 16

Petaling Jaya: Seorang bekas pemain bola sepak direman selepas dipercayai menceroboh sebuah bilik hotel yang disewa seorang wanita di Kelana Jaya di sini petang Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, lelaki itu bagaimanpun dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya selesai dirakam.



Siasatan ke atas lelaki itu dibuat selepas dia dipercayai menceroboh bilik hotel tersebut pada pukul 6.10 petang.

Menurutnya, laporan dibuat oleh pengadu iaitu wanita berusia 35 tahun pada pukul 2.10 pagi, Khamis.

“Mangsa menyatakan bilik hotelnya telah diceroboh oleh lelaki tersebut yang berusia 49 tahun berikutan terdapat perselisihan faham antara mereka.

“Suspek meninggalkan bilik tersebut selepas mendapatkan bantuan daripada pekerja hotel,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas beliau, hasil maklumat dan risikan, pihaknya berjaya menahan suspek di Jalan Penchala di sini untuk membantu siasatan.

“Kebenaran menahan reman lelaki itu diperoleh daripada Mahkamah Petaling Jaya bermula semalam.

“Dia bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis. Kes disiasat di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan,” katanya. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 24-6-2023 08:04 PM
Masuk sini sbb nk Tau sapa je.forumer cari cekap
Quote sharlenetexas 24-6-2023 08:09 PM
Sape ex footballer umur 49?


Quote TeropongThaico 24-6-2023 08:43 PM
Awal le pulak. Tak tahu sapa lg ye. Kalau camtu nnt masuk balik la
Quote wikedsaikel 24-6-2023 09:05 PM
Awal betul aku masuk benang ni
Quote gold_teeth 24-6-2023 09:06 PM
Oh igt ni yg kes pemain dari kedah dlu, then awek ada Dr tu, bukan ke?
Quote petal 24-6-2023 09:34 PM
ada ura-2 kata ex capt perak - ASA
Quote Daftpunk_shine 24-6-2023 10:01 PM
petal: ada ura-2 kata ex capt perak - ...

Betul la kot..aku baca metro kata umur 49..ASA ni ak wiki umur dia mcm kena je..kalau
Quote Mini.Me 24-6-2023 10:10 PM
petal replied at 24-6-2023 09:34 PM
ada ura-2 kata ex capt perak - ASA

Dah gugel tapi meols tak kenal heols...kbai
Quote mawardia 24-6-2023 10:44 PM
Dah kenape footballer asyik nak masuk bilik hotel je. Membukan2 je lah perangai memasing.
Quote she 24-6-2023 11:00 PM
Ke ASA tu nak g tibai ex gf Jai tu?
Dasat2 footballer sekarang
Dulu2 setakat gomoi perempuan merata je
Sekarang siap pukul2
Quote iraizz 25-6-2023 12:49 AM
Wanita itu bini orang baca kat fb
Quote shernazz 25-6-2023 08:04 AM
Hanat nya nak ceroboh2 bagai
Hotel mana ni..hotel cap ayam ke boleh naik ke pintu guest ni?
Quote prizadane 25-6-2023 08:11 AM
Daftpunk_shine replied at 24-6-2023 10:01 PM
Betul la kot..aku baca metro kata umur 49..ASA ni ak wiki umur dia mcm kena je..kalau

Uish! Serious lah? Record heols selama ni clean. Alamak
Quote Sesuatu… 25-6-2023 10:40 AM
Xde gambor ke
Quote Burong_Hantuk 25-6-2023 11:25 AM
malas nak teka,,,,
Quote jerukkedondong 25-6-2023 11:48 AM
umur 49 dah...takde bini ke...

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-3-2025 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.210683 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top