CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dakwaan Bapa Perguna Dua Remaja Berniaga Air Tidak Benar

24-6-2023 07:42 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 706| Komen: 3

Kuala Lumpur: Keluarga remaja yang tular berniaga air di dua bank di Setapak di sini dan Gombak, Selangor menafikan dakwaan anaknya tidak bersekolah dan dipergunakan oleh bapanya.

Ibu remaja itu yang hanya mahu dikenali sebagai Nana menyifatkan tuduhan dibuat seorang pengguna media sosial di Facebook baru-baru ini sebagai menipu.


Tangkap layar rakaman video yang tular di media sosial. FOTO tular Facebook

"Perkara ini memang menipu, tak betul," katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.

Dalam pada itu, Nana berkata, pihaknya turut terkesan atas tuduhan yang dilemparkan terhadap mereka sekeluarga.

"Saya sekeluarga masih terkesan dengan apa yang dah berlaku ini," katanya.

Dia memaklumkan, satu laporan polis telah dibuat oleh pihaknya berkaitan hantaran Facebook berkenaan.

Kata Nana lagi, pihaknya juga akan membuat satu sidang media dalam masa terdekat bagi menjelaskan mengenai perkara itu.


"Saya akan membuat satu sidang media untuk menjelaskan mengenai perkara yang tular ini," katanya.

Sebelum ini, tular menerusi sebuah hantaran di Facebook mengenai dua beradik yang berniaga air di dua bank di Setapak dan Gombak.

Pengguna media sosial itu menerusi Facebooknya mendakwa, dua remaja yang masih bersekolah menengah telah dipergunakan oleh bapanya untuk berniaga air.

Lelaki itu turut mendakwa kedua-dua remaja berkenaan sudah lama tidak bersekolah dan memantau perkara itu sejak sekian lama.

Katanya, satu aduan juga sudah dikemukakan terhadap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Lumpur, namun sehingga kini tiada apa-apa tindakan yang dilakukan.



Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matjerk 24-6-2023 10:55 PM
Tlg buat aduan ke atas anak sohai jugak.
Quote zehra2 24-6-2023 10:59 PM
tanya je laa skolah anak dia.. kot dtg sekolah sekali sebulan je.. tk skolah ler tu
Quote che-cikL 25-6-2023 10:07 AM
Apa perlunya mak nak buat sidang media tu? Explain terus bila ditanya tak boleh ke, sekolah ke tidak, jual air ke tidak.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-3-2025 10:54 PM GMT+8 , Processed in 0.081305 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top