Gerik: Pelajar tahfiz yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Gerik di sini sejak Rabu lalu, ditemui dalam keadaan lemah. Muhammad Naufal Adzimi Mohd. Harris, 17, dijumpai pada pukul 10.48 pagi tadi oleh Unit Anjing Pengesan (K9) bomba dan Pasukan Gerakan Am (PGA) selepas lebih 70 jam hilang.
Muhammad Naufal (duduk, tengah) yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu, dijumpai dalam keadaan lemah di kawasan kebun getah di Kampung Tanjung Sejarah, Kampung Tawai dekat Gerik.-IHSAN JBPM Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mangsa ditemui kira-kira dua kilometer dari lokasi motosikalnya dijumpai. “Pasukan SAR pada pagi ini dipecahkan kepada lapan kumpulan dan operasi pencarian dimulakan dengan membuat laungan azan. Mangsa ditemukan dalam keadaan selamat namun lemah pada jarak lebih kurang dua kilometer dari lokasi kenderaannya ditemui.
“Lokasi berkenaan sebelum ini telah pun dibuat pencarian namun mungkin situasi mangsa yang bergerak menyebabkan dia tidak ditemui pasukan penyelamat,” katanya di sini hari ini. Menurut beliau, usaha membawa keluar mangsa sedang dijalankan menggunakan kenderaan. Terdahulu, media pada Khamis lalu melaporkan, seorang remaja lelaki dilaporkan hilang di kawasan kebun getah di Kampung Tanjung Sejarah, Kampung Tawai di sini. Mangsa yang dikatakan mengalami gangguan emosi itu bagaimanapun tidak pulang ke rumah sehingga petang sebelum pencarian digerakkan keluarga dan rakan. Sumber: Kosmo! Online
|
batmana replied at 24-6-2023 03:36 PM
Siasat juge tahfiz tu..tkut dikerah buat mcm2..kumpul derma .jual brg ke apa..smpai nk belajar pn te ...
supernaturalee replied at 24-6-2023 04:00 PM
Ustad2 jgk
pooh~key replied at 24-6-2023 04:13 PM
Akak syak budak tu cuba jual body kat ustaz tapi sayang tak laku akibat boncit, lalu stress larika ...
tumpanglalu74 replied at 24-6-2023 03:39 PM
Tajok je sebut azan. Isi takdak.
pooh~key replied at 24-6-2023 04:13 PM
Akak syak budak tu cuba jual body kat ustaz tapi sayang tak laku akibat boncit, lalu stress larika ...
ADVERTISEMENT