CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lagi Mangsa 'Scammer', Kerani Rugi RM113,875 Angkara Skim Pelaburan Untung 120 Saat

24-6-2023 01:29 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 653| Komen: 4

Kuantan: Seorang kerani wanita berusia 37 tahun mengalami kerugian RM113, 875 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud.

Mangsa yang bekerja di sebuah syarikat di Jerantut itu mengetahui mengenai tawaran pelaburan tersebut menerusi aplikasi Instagram pada 4 Mei lalu.



Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman, berkata mangsa menyertai pelaburan itu selepas berkenalan dengan lelaki warga Taiwan di aplikasi itu yang mengaku menetap di Malaysia.

"Suspek berjanji akan datang ke Malaysia untuk bertemunya. Suspek turut menawarkan satu aplikasi kepada mangsa bagi menjana wang dalam dolar Amerika Syarikat dengan cara memasukkan modal RM1,000 dalam masa 120 saat dijanjikan keuntungan sebanyak 10 peratus.

"Terpedaya dengan keuntungan lumayan, mangsa membuat 11 transaksi ke enam akaun bank berbeza dalam tempoh dua minggu bermula 2 Jun lalu sehingga kerugian RM113,875.


"Siasatan mangsa menggunakan wang simpanan dan pinjaman ahli keluarga. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Yahaya berkata, orang ramai sepatutnya tidak mudah percaya dengan pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan dalam masa singkat.

"Sekiranya ingin membuat pelaburan, semak atau dapatkan maklumat dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Bank Negara Malaysia (BNM) sebagai langkah pencegahan daripada menjadi mangsa pelaburan tidak wujud," katanya.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 24-6-2023 01:42 PM
Aiol ada tengok testimoni mangsa2 gini.

Dia macam piramid scam ka MLM gitu juga la MO.

Memula ko labur 1k dapat huntong 2k hengget.

Ko sexcited, ko masuk lagi dan lagi dan lagi labur duit ko.

Ujung2 hancur lebur.

Boipren khayalan pun lari.

Sekian. Your life. Money. Energy. Confidence. Self esteem. Wasted. Gone. Hilang gitu je..
Quote dua_chzy 24-6-2023 01:45 PM
Lagi satu yang buat ko yakin nak melabur, sebab ko pircaya bf khayalan ko urang kaya. Dia tunjuk bank statement hada account jota2. Buat permulaan dia kasik ko duit huntok melabur. Pehtu bila ko risau duit rugi dia pujuk bilang eh jangan takut abang hada abang boleh payung.

Padehal suma tu masuk akaun deols scammer ring ni ja.

Quote CiliPadiSedap 24-6-2023 06:23 PM
Sekarang ni ada pelaburan viral gig apa benda tah sehari dpt 1%

Ramai joint , yang pelik.rekrut orang dpt 10%

Pak lebai pakai kopiah pun promote benda ni. Yang pelik nasihatkan masuk duit tepi takut jadi macam skim lama

Kaka dah tahu benda ni skim ponzi. Ramai buta mata hati bila nampak 1% .

Kaka menanti detik ramai pelabur skim cpt kaya yang hangat viral lingkup..

Kadang2 berdiam lg baik daripada beri nasihat orang tamak haloba.
Quote CiliPadiSedap 24-6-2023 06:26 PM
Any pelaburan yang no risk parking duit goyang telur goyang kopek dpt duit siap fix percentage tu good luck lah

Benda ni berlaku berpuluh kali tapi orang melayu tak insaf lagi

Kaka yakin dan percaya kurang 3 tahun air mata berdarah. Ada siap buat loan, jual tanah

Hebat betul orang melayu bab melabur parking duit tetiba ada duit ,jual tanah, jual aset.  Dengan harapan jadi warren buffet iftar

Tp bila bab nafkah anak bini culas , bab education melabur dalam ilmu culas. Kerja nak parking duit goyang telur auto kaya

Sedih tengok bangsa sendiri joint skim cepat miskin

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-3-2025 10:57 PM GMT+8 , Processed in 0.058972 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top