CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kes Ugut, Polis Cari 2 Warga Singapura Bantu Siasatan

24-6-2023 12:48 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1409| Komen: 33

Iskandar Puteri: Dua warga Singapura yang terbabit dalam insiden pertelingkahan dengan seorang penghantar makanan kini sedang dicari oleh pihak polis.

Kejadian tersebut berlaku di sebuah stesen minyak dekat Sunway Box di sini, 16 Jun lalu.


Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, pihaknya turut mendapatkan bantuan Polis Singapura (SPF) bagi mengesan kedua-dua suspek.

Tangkap layar rakaman video tular di media sosial. FOTO tular

Katanya, warga asing itu perlu dipanggil bagi membantu siasatan berhubung insiden berkenaan memandangkan polis sudah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

"Kita sudah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

"Suspek sudah dikenal pasti sebagai warga Singapura dan usaha mengesan kedua-dua mereka sedang dilakukan melalui bantuan SPF," katanya menerusi kenyataan media, semalam.


Rahmat berkata, hasil siasatan awal dilakukan mendapati berlaku perselisihan faham antara pengadu dengan dua suspek itu ketika hendak mengisi minyak.

"Dua suspek itu dikatakan tidak berpuas hati dengan pengadu kerana lambat mengisi minyak motosikal," katanya.

Baru-baru ini, video berdurasi satu minit 50 saat tular di Tiktok memaparkan pertelingkahan antara tiga individu itu di stesen minyak terbabit, 16 Jun lalu.

Insiden itu mendapat perhatian ramai apabila penghantar makanan itu mendakwa aplikasi pengendalian makanannya digantung susulan kejadian terbabit.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Goodluckdontcry 24-6-2023 03:30 PM
Korok Kering betul... kehkehkeh  2 ekor khinzir jelmaan tu mungkin dah bersenang lenang kat umah dia di Singa pura2 tu..baru ko nk terhegeh2 cari..apo kebudusan tanpa sempadang... kehkehkeh
Quote antikorok 24-6-2023 03:36 PM
Edited by antikorok at 25-6-2023 07:57 AM

Ummah Temasek dilanggar toodak fefeeling negara kelas pertama tapi hakikatnyer mental kelas ketiga dasar cheapskate kebuloq minyak RON95 sambil isi minyak sambil goyang inul sampai tungging terbalik kete berokk kencing merata di setiap ceruk CIQ sejibik mengikut perangai ummah motherland tanah besor terpaling selera eksotik haiwan liar punca virus Covid dan SARS tuh hanya tersengih sinisss aman2 jahhh bebas bergentayangan keluar masok tanah ayer sambil bawak kete serhoper pemandu berperangai puaka oink oink pink menggelupoq bertempiaran lari keluar kandang dari tanah sebesor sekangkang kandang lumpur oink oink pink sambil fefeeling jadik ummah T20 shopping sakan di Bandaraya JayBeh yang kalau kena saman pung hanya flip hair jahhh siap lempaq surat saman tuh dengan duwet ringgit berkepok-kepok ke muka ummah tanah ayer sebab nilai ringgit skrg jatuh terjunam terhumban tersembam ke lobang puaka Jurang Mariana setarap Bolivar yg penduduk Venezuela hanya guna buat tisoo jamban jahhh tarapnya.. ha gaytohhhh
Quote c===8 24-6-2023 03:40 PM
Lucu pun ada.kalau rakyat kita buat hal kat sana mesti tak boleh balik sini selagi kes tak selesai.rakyat sana byk saman trafik kat sini senang lenang ulang alik keluar masuk
Quote pu3_rania 24-6-2023 03:41 PM
Edited by pu3_rania at 24-6-2023 10:29 PM

Haukkk sungguh
Baru sekarang nak bertindak
Quote sukacactus 24-6-2023 03:44 PM
antikorok replied at 24-6-2023 03:36 PM
Ummah Singapurno fefeeling negara kelas pertama tapi mental kelas ketiga dasar cheapskate kebuloq mi ...

Entah kenapa aku penat membaca komen ni
Sapa suruh aku ikut sgt karangan yg xde fullstop ni hahaha
Setuju sgt dan terhibur aku
Quote Tinot7 24-6-2023 03:48 PM
Mmg kena gantung ka mamat tu? Iols nak kena stop grab ke dak ni?
Quote krustykrab 24-6-2023 04:04 PM
c===8 replied at 24-6-2023 03:40 PM
Lucu pun ada.kalau rakyat kita buat hal kat sana mesti tak boleh balik sini selagi kes tak selesai.r ...

Lps tu kita plak akn diperah sampai kering semata² nk cover subsidi yg warga first class curi
Quote green~tea 24-6-2023 04:29 PM
krustykrab replied at 24-6-2023 04:04 PM
Lps tu kita plak akn diperah sampai kering semata² nk cover subsidi yg warga first class curi:lol ...

Yeay apa yang penting, kerjasama

Semoga hasil minyak malaysia dikongsi sama rata dengan warga singapork, indon & thailand
Quote tahanie 24-6-2023 05:10 PM
Memang warga asing hadap minyak murah malaysia ni polis biar blah je ke masa tu?
Quote liyamariska 24-6-2023 05:18 PM
baru nk siasat 2 ekor singapork?

okey...
Quote albedah 24-6-2023 05:44 PM
Tinot7 replied at 24-6-2023 03:48 PM
Mmg kena gantung ka mamat tu? Iols nak kena stop grab ke dak ni?

Mamat tu digantung/suspended sbb dia tak reply grab mohon penjelasan Dr beliau. Akaunnya akan dibuka semula bila dia reply kelak.. tp dia xx respond so?
Quote Tinot7 24-6-2023 05:48 PM
albedah replied at 24-6-2023 05:44 PM
Mamat tu digantung/suspended sbb dia tak reply grab mohon penjelasan Dr beliau. Akaunnya akan dibu ...

Ohh.. giteww citernya?
Quote Tinot7 24-6-2023 05:49 PM
tahanie replied at 24-6-2023 05:10 PM
Memang warga asing hadap minyak murah malaysia ni polis biar blah je ke masa tu?

Tu la psl..
Quote mojarean_X 24-6-2023 06:06 PM
Tinot7 replied at 24-6-2023 03:48 PM
Mmg kena gantung ka mamat tu? Iols nak kena stop grab ke dak ni?

Jomlah iols dh uninstall dan bg rating 1. Iols lg setia dgn mereka dari asal usul mereka app myTeksi lg
Quote TOPwind 24-6-2023 06:18 PM
ada dua pulis masa kejadian

tapi kejadah apa lepaskan, 2 beruk tu.

pulis yg macm ni SPRM kena siasat.

Quote awanearisu 24-6-2023 06:39 PM
Ada sahaja mereka agaknya, menetap di mana-mana banglo di JB atau Nusajaya.
Gaya seperti dah biasa duduk Johor.
Quote Skuau 24-6-2023 07:15 PM
pu3_rania replied at 24-6-2023 03:41 PM
Haukkk sungguh
Baru sekarang baru nak bertindak

"kakak...ini tamil celita(movie)ada la....kakak misti mau faham la...
Quote Decaffeinated 24-6-2023 07:20 PM
Jangan banyak plot twist pulak nanti

Kalau dorang dah balik Temasik nak minta extradisi ka macam mana?
Quote Tinot7 24-6-2023 07:23 PM
Decaffeinated replied at 24-6-2023 07:20 PM
Jangan banyak plot twist pulak nanti

Kalau dorang dah balik Temasik nak minta extradisi ka macam ma ...

Selalunya singapura sendiri akan bg hukuman.. sana lagi susah sbb takleh lepaih mcm kat mesia

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-3-2025 10:54 PM GMT+8 , Processed in 0.062868 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top