CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Musim Perayaan, Cuaca Panas Faktor Bil Naik - TNB

24-6-2023 11:37 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 65| Komen: 0

Kuala Lumpur: Faktor musim perayaan dan cuaca panas menyebabkan peningkatan penggunaan tenaga elektrik.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) berkata, trend peningkatan berterusan ini dicatatkan dengan rekod tertinggi permintaan maksimum bekalan tenaga sebanyak 19,716 Megawatt (MW) dicatat pada 11 Mei lalu.


Gambar hiasan. FOTO NSTP

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kelmarin, syarikat utiliti nasional itu berkata, penggunaan tenaga dikesan meningkat bagi peralatan seperti penyaman udara dan kipas.

TNB berkata, ia menyumbang kepada peningkatan penggunaan tenaga bagi isi rumah seterusnya turut meningkatkan pengiraan bil.

Justeru, syarikat itu menyarankan kepada masyarakat untuk mengamalkan penggunaan elektrik secara berhemah bagi peralatan elektrik yang digunakan bagi mengelak pembaziran dan kos yang tinggi.


Kata TNB, penjimatan penggunaan tenaga juga boleh membantu usaha menangani perubahan iklim serta kelestarian alam sekitar melalui pengurangan pelepasan karbon yang dijana oleh sumber bahan api fosil.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-3-2025 10:57 PM GMT+8 , Processed in 0.038047 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top