Padawan: Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan dalam keadaan reput dalam banglo kosong di Jalan Burung Bunga Api, Batu 3 1/2 Jalan Perinssen di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata pihaknya menerima laporan penemuan mayat itu kira-kira 7.10 pagi.
Katanya, anggota yang ke lokasi menemukan mayat di tangga ke tingkat atas banglo dua tingkat itu dalam keadaan reput dan dipercayai meninggal dunia lebih sebulan lalu. "Tiada dokumen pengenalan diri ditemukan bersama mayat yang memakai kemeja berkolar dan berseluar pendek itu serta mempunyai tatu di tangan," katanya dalam kenyataan media hari ini. Abang Zainal berkata, siasatan di lokasi turut menemukan banyak kesan darah di dalam tandas dipercayai milik mangsa. Beliau berkata mayat dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Katanya, banglo itu dipercayai kosong hampir tiga tahun dan dipenuhi semak samun. Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT