Penyanyi Mohamed Fuad Abdul Rahman atau Fuad Rahman berkongsi khabar gembira apabila isterinya Tom sedang hamil anak pertama mereka selepas mengalami keguguran tiga bulan lalu. Fuad, 44, berkata, dia dan Tom mengambil keputusan untuk melakukan pemeriksaan beberapa hari lalu selepas penyanyi itu mengalami alahan.
"Tiga bulan lepas isteri saya keguguran dan Alhamdulillah selepas buat pemeriksaan doktor sebab asyik mengalami alahan, Tom disahkan sedang hamil. "Usia kandungan sudah memasuki usia sebulan," katanya. Fuad mendedahkan perkara itu ketika bercakap kepada tetamu dalam sebuah majlis yang videonya dimuat naik Tom di Instastory miliknya pada Sabtu. Sementara itu Tom atau Raja Farah Afzal Raja Ikram, 37, memohon doa orang ramai agar kandungannya itu selamat dan dipermudahkan urusan. Dia yang berniat untuk merahsiakan perkara tersebut terpaksa berkongsi selepas suaminya itu mula buka cerita kepada umum.
“Alang-alang suami dah beritahu, saya minta doakan anak dalam kandungan ini sihat dan saya dapat melahirkan anak kami dengan selamat,” ujarnya. Awal April lalu Tom berkongsi khabar duka apabila dia mengalami keguguran ketika usia kandungan tiga minggu. Untuk rekod pasangan ini bernikah di Batam, Indonesia pada 26 Februari lalu. Tom sebelum ini pernah berkahwin sebanyak tiga kali dan hasil perkahwinan tersebut dia mempunyai tiga orang cahaya mata lelaki. Manakala Fuad pula pernah berkahwin sebanyak dua kali dan memiliki dua orang anak hasil perkahwinan pertama. Sumber: mStar
|
Chad: Tahniah Fuad... Tiap-tiap ming ...
pocongkiutss replied at 24-6-2023 11:22 AM
No komen..tp kdg2 nak juga mokcik ni kena kurma macam dia buat kt bff dia yg tgh mengandung dulu{:1_ ...
sleepandream replied at 24-6-2023 04:52 PM
deme ni sara hidup mcmmana? byk job dekat wedding2 eksklusip yach?
stingerbumpy replied at 24-6-2023 06:50 PM
Rezeki mak pak ko yg jolok keww? Natijahnyer Selagi ada tekad utk terus berusaha...adaler jln rez ...
sleepandream replied at 24-6-2023 06:59 PM
maroh bebeno chuols.... chill2 sudehhh...
Aneem replied at 24-6-2023 11:54 AM
Sebulan pun kecoh
Semoga anak yg bakal lahir tak kepam la ye
sleepandream replied at 24-6-2023 04:52 PM
deme ni sara hidup mcmmana? byk job dekat wedding2 eksklusip yach?
ADVERTISEMENT