Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, mendedahkan buat masa ini Shuib meminta dia memberi tumpuan menjaga empat cahaya mata pelawak itu hasil perkahwinan bersama Allahyarham Siti Sarah Raisuddin.
Pasangan pengantin baharu Shuib dan Watie tidak merancang untuk segera memilik cahaya mata sendiri selepas sah bernikah pada malam Jumaat. “Dari awal lagi dia (Shuib) dah cakap untuk jadi suri rumah sepenuh masa. Jadi saya ambil keputusan untuk fokus besarkan anak-anak yang ada dahulu,” katanya. Bercakap lanjut Shuib memberitahu buat sementara waktu dia lebih senang membiarkan ibunya menjaga anak bongsu iaitu Ayash Affan yang kini berusia 2 tahun. Tambah pelawak dan penyampai radio Suria FM ini, dia tidak mahu isterinya itu terlalu sibuk bekerja sehingga tanggungjawab terhadap anak-anak terabai. “Saya ada beberapa projek perniagaan dan mungkin akan melibatkan isteri. Tetapi sepenuhnya dia harus beri fokus kepada keluarga. Saya tak mahu dia sibuk sampai anak-anak terabai.
“Uwais (anak sulung) sekarang ini dah nak masuk usia remaja. Dia perlukan perhatian kedua ibu bapa,” ujarnya. Shuib atau Shahmira Muhamad, 39, sah bergelar suami kepada Watie dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Putra Glass House, Shah Alam pada Jumaat. Hasil perkahwinan sebelum ini Shuib dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2 tahun. Meluahkan rasa syukur majlis berjalan lancar, Shuib juga tidak menyangka banyak pihak yang tampil untuk bekerjasama sebagai penaja memeriahkan acara yang dirancang sederhana itu. Untuk rekod, majlis pernikahan bertemakan 'dusty pink' itu mendapat tajaan bernilai RM1.7 juta termasuk barang kemas. Sementara itu, pasangan memilih Pulau Langkawi, Kedah sebagai destinasi berbulan madu sebelum sekali lagi akan bercuti bersama anak-anak di Turkiye. Sumber: mStar
|
Bercakap lanjut Shuib memberitahu buat sementara waktu dia lebih senang membiarkan ibunya menjaga anak bongsu iaitu Ayash Affan yang kini berusia 2 tahun.
Binodino replied at 24-6-2023 11:55 AM
Tetap suruh mak kau jaga ayash tu. Ye la, kalau bini baru kau jaga kang terganggu pulak urusan kom ...
MatDeghem replied at 24-6-2023 12:08 PM
sapa2 nak komen....silakan
makcun14 replied at 24-6-2023 01:19 PM
ayash tanda pengorbanan terakhir arwah siti sarah campak kat mak eh??menyirap aku.
mentang mentang l ...
Binodino replied at 24-6-2023 11:55 AM
Tetap suruh mak kau jaga ayash tu. Ye la, kalau bini baru kau jaga kang terganggu pulak urusan kom ...
makcun14 replied at 24-6-2023 01:19 PM
ayash tanda pengorbanan terakhir arwah siti sarah campak kat mak eh??menyirap aku.
mentang mentang l ...
Binodino replied at 24-6-2023 11:55 AM
Tetap suruh mak kau jaga ayash tu. Ye la, kalau bini baru kau jaga kang terganggu pulak urusan kom ...
ADVERTISEMENT