Cikgu Fadli Salleh , kali ini mempertikaikan silibus bahasa Melayu bagi tahun dua. Melalui Facebook, beliau yang berkongsi soalan dalam sebuah buku latihan turut mempertikaikan mengapa isu tersebut masih tidak diberi perhatian.
“Ini silibus bahasa Melayu tahun dua. Saya tak tahu kenapa mereka pejam mata lagi isu silibus ni. “Kenapa mereka buat-buat tak nampak? Adakah dengan rasional dan logik akal, soalan seperti ini sesuai untuk murid tahun dua?,” katanya pada hantaran tersebut. Mohd. Fadhli berkata, silibus demikian boleh ‘membunuh’ minat murid untuk belajar. “Anak-anak kita bukan tak pandai dan bukan tak boleh, tapi bila silibus melebihi apa yang mereka mampu kuasai, menyebabkan mereka akan ketinggalan. “Mereka rasa susah dan mati minat. Mati tanpa nisan. Inilah dia,” katanya. -CARI
Sumber: Kosmo
|
akuchenta replied at 24-6-2023 12:05 AM
Ayat pun panjang utk tahun 2..
Harap menteri kpm ambil tahu pasal isu silibus berat. Tgk la data SP ...
VespaSilbe replied at 24-6-2023 12:07 AM
Silibus rbt ko suruh budak menjahit pakai portable mesin... Agak2 ler.. awat kpm tak sediakan mesin ...
cmf_jeangrey replied at 24-6-2023 12:43 AM
Hmm ada betulnya..membunuh minat budak2 utk cari ilmu mainstream..seronok lagi jadi influencer..bu ...
ADVERTISEMENT