Seroang lelaki yang mempunyai berat 300 kilogram (kg) dan menghidap komplikasi akibat obesiti melampau menemui ajal di hospital Jakarta. Muhammad Fajri, 27, meninggal dunia pada pukul 1.25 pagi (waktu tempatan) Khamis akibat jangkitan teruk di kakinya selepas berat badan dipercayai mengganggu metabolisme tubuhnya.
Namun begitu, proses pengebumian jenazah mengalami kesukaran kerana Jabatan Bomba dan Penyelamat Jakarta Pusat mengambil masa selama 30 minit untuk mengebumikan jenazah Fajri pada hari yang sama. Menurut Komander Pasukan Bomba dan Penyelamat Jakarta Pusat Arfan Arif, pihaknya terpaksa menggunakan jentera pengangkat forklift untuk memindahkanya ke trak pikap dan membawanya ke tanah perkuburan Islam. "Ini adalah kali pertama pihak kami menggunakan jentera tersebut untuk memindahkan jenazah yang seberat 300 kg. "Ketika mengebumikan jenazah, kami turut menggunakan jentera pengangkat forklift untuk memasukkannya jenazahnya ke dalam liang lahad.
"Sembilan anggota dikerahkan dalam operasi tersebut," katanya. Sebelum ini, Fajri dimasukkan hospital di bandar Tengerang pada 14 Jun lalu, sebelum dipindahkan ke hospital Jakarta. Rakaman video dia dibawa ke hospital Tengerang menjadi tular di Indonesia selepas jentera pengangkat forklift terpaksa digunakan untuk memindahkanya ke trak pikap dan membawanya ke hospital. — CARI Sumber: Majoriti
|
ADVERTISEMENT