Dua buah restoran di Ujong Pasir Melaka diarahkan ditutup selama 14 hari kerana menjijikkan.. Premis di kawasan Penempatan Portugis tersebut bukan hanya menjadi sarang pembiakan lipas malah dipenuhi najis tikus.
Perkara tersebut didedahkan Pengerusi jawatankuasa kesihatan, sumber manusia dan perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem. Susulan itu, restoran berkenaan telah diberikan notis oleh Jabatan Kesihatan yang mengarahkan mereka menjalankan kerja-kerja pembersihan. Beliau berkata notis itu dikeluarkan pada Rabu (21 Jun) di bawah Akta Makanan 1983. “Penutupan itu diarahkan selepas najis tikus serta lipas ditemui di premis. “Tambahan pula, penarafan kebersihan restoran didapati berada di bawah penarafan wajar, yang meningkatkan risiko pencemaran makanan,” katanya pada 23 Jun. Ngwe menambah bahawa restoran akan dibenarkan beroperasi semula jika mereka mematuhi arahan jabatan. -CARI
Sumber: mStar/ The Star
|
ADVERTISEMENT