Namun, kelibatnya di sebuah sidang media pelancaran filem terbaru di bawah syarikat terbitannya (AN Universal Asdn Bhd) baru-baru ini, cukup menarik perhatian ramai. Dari seorang pelakon, kini dia cuba meneroka ke bidang produksi pula. Pelakon tersebut akui dia kini lebih cakna menjaga pengambilan makanan agar dapat mengelakkan masalah kesihatan ‘tradisi’. Selain banyak minum air kosong, Datin Anne Ngasri akui sudah sembilan bulan tidak makan nasi. Hasilnya, dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 11kg iaitu ke paras lebih ideal. Agak lama tidak melihat aktres ini, netizen memberikan pujian terhadap kecantikan Datin Anne Ngasri. Sudah berpuluh tahun berlalu, namun wajah wanita ini seperti tidak 'makan tua'.
|
ADVERTISEMENT