Usahawan dan selebriti popular, Noor Neelofa menerusi perkongsian di Instagram (IG), menjawab pertanyaan peminat di media sosial mengenai pandangannya berhubung masa depan anak-anaknya. Kata Neelofa, ianya adalah satu perkara yang tidak mustahil sekiranya cahaya matanya akan menceburi bidang perniagaan kelak memandangkan latar belakangnya yang sebati dengan dunia perniagaan.
“Semenjak datuk saya lagi keluarga saya dah sebati dengan dunia bisnes, saya rasa tak mustahil untuk anak saya terinspirasi dalam bidang sama. “Saya juga tak lokek untuk berkongsi cerita pengalaman saya dalam dunia bisnes, dorong dan bagi nasihat kepadanya. “Saya tak tahu apa minatnya kelak. Sebab kalau bagi suami saya, mungkin dia mahukan sesuatu yang berbeza. Kami juga belum tahu, kita lihat saja nanti,” kongsinya ringkas. Umum mengetahui Neelofa adalah seorang usahawan yang mempunyai pelbagai rangkaian perniagaan seperti produk hijab dan pakaian muslimah serta produk kesihatan dan kecantikan.
Lebih manis, nama Neelofa turut mencipta magis apabila menjadi antara 300 individu yang tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017 di bawah kategori Runcit dan E-dagang. Kini, Neelofa giat menjalankan perniagaan bersama suaminya yang juga selebriti, Haris Ismail atau lebih dikenali PU Riz. Sumber: Xtra
|
dudaberhias replied at 23-6-2023 10:20 PM
Kalau anak ko mencuburi bidang bisnes acik2 semua dah tahu konsep bisnes ko macam mana :
Mendedahkan perkara itu, Noor Neelofa Mohd Noor 33 berkata, beliau akan berada di sana untuk tempoh sekurang-kurangnya dua tahun kerana suaminyam Haris Ismail ingin menyambung pelajaran di sana.Kami sekeluarga mempunyai impian untuk berhijrah ke tanah Arab sama ada Madinah atau Mesir untuk suami sambung belajar,” katanya.Beliau berkata demikian ketika muncul dalam rancangan Nona, hari ini.
Dalam masa yang sama, Neelofa berkata beliau juga berhasrat untuk mendedahkan anak lelakinya Muhammad Bilal dengan kepada persekitaraan di Arab.
Beliau juga berkata ingin mengambil peluang untuk bahasa Arab.
“Satu lagi impian saya adalah untuk mendalami al-Quran. Walaupun suara saya tak sesedap mana ketika membaca al-Quran, tetapi saya sudah lama ingin mempelajarinya dan kalau boleh mahu turunkan ilmu itu supaya dapat dijadikan saham akhirat kelak,” tambahnya. – MalaysiaGazette
MatDeghem replied at 24-6-2023 07:01 AM
codenamedream replied at 24-6-2023 07:05 AM
Comelnyaaaaa
ADVERTISEMENT