Baru-baru ini, tular video dimuat naik di TikTok menunjukkan perkongsian seorang wanita mengenai keadaan di dalam sebuah tandas awam. Menurutnya, dia terkejut selepas mendapati sebatang skru tajam dimasukkan di bahagian hujung getah paip di sebuah tandas dekat stesen minyak.
Menurut wanita itu lagi, dia cuba untuk mengeluarkan skru tersebut tetapi gagal. Di ruangan komen, rata-rata netizen turut berteka-teki tentang keperluan skru berkenaan pada hujung paip getah. Ramai juga berpendapat skru berkenaan sebenarnya digunakan untuk menyangkut paip di dinding namun tercabut daripada tempat asalnya. Dalam masa sama netizen turut mempertikaikan tentang kebimbangan melampau individu yang berkongsi video berkenaan apabila dia membangkitkan isu bahaya ketika menggunakan paip. Segelintir netizen turut berpandangan bahawa tiada apa yang perlu dirisaukan tentang skru dan paip itu. Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT