CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dengan Sekali Lafaz, Watie Sah Milik Shuib!

23-6-2023 09:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 18658| Komen: 320

Dengan sekali lafaz, pelawak dan penyampai radio Suria FM Shuib akhirnya bergelar suami kepada Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, dalam majlis akad nikah yang disempurnakan jam 8.47 malam tadi.




Dalam majlis yang berlangsung di Putra Glass House, Shah Alam itu, Shuib atau Shahmira Muhamad, 39, dinikahkan abang kandung Watie, Qadhaffi Hanifiah di hadapan Penolong Pendaftar Pernikahan Masjid Hidayatul Muttaqin, Kampung Bukit Lanchung, Selangor iaitu Zubairi Ghazali.

Shuib menyerahkan mas kahwin sebanyak RM8,288 manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Pada majlis tersebut juga pihak pengantin lelaki menyerahkan lima dulang hantaran dan dibalas tujuh oleh pihak pengantin perempuan.

Pasangan ini tampil anggun dan bergaya dalam persalinan rekaan Fizi Woo.

Majlis mereka ini turut mendapat tajaan bernilai RM1.7 juta termasuk barangan kemas.




Terdahulu, pasangan ini melangsungkan pertunangan pada 6 Mei lalu di Shah Alam dalam satu majlis tertutup dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat.

Ini merupakan perkahwinan kedua buat Shuib selepas pemergian isterinya iaitu penyanyi Siti Sarah Raisuddin yang meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Hasil perkahwinan sebelum ini Shuib dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2 tahun.


Sumber: mStar

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote red_velvet 23-6-2023 09:17 PM
Edited by red_velvet at 23-6-2023 09:21 PM

Simbolik sangat ye pelamin soebwatetek  ber background kan kerang.. ko hado ?? :

FB_IMG_1687526404648.jpg
FB_IMG_1687526408547.jpg
Quote naina 23-6-2023 09:26 PM
red_velvet replied at 23-6-2023 09:17 PM
Simbolik sangat ye pelamin soebwatetek  ber background kan kerang.. ko hado ?? :

Haha Shuib dari zaman arwah Sarah lagi suka kerang2 ni siap mintak kat fon lagi nak kerang
Quote mizzmimi 23-6-2023 09:30 PM
Selamat melambung sampai siling
Quote BarbiePink 23-6-2023 09:33 PM
naina replied at 23-6-2023 09:26 PM
Haha Shuib dari zaman arwah Sarah lagi suka kerang2 ni siap mintak kat fon lagi nak kerang

Kerang kli neh
Anak dara lah katakn
Tu yg soeb bangga gila
Pelamin pun kerang
Tahniah lh soeb
Moga tak mendayun
Stkat 3 minit yach
Tgk watik neh
mcm tebal jer kerang
Quote naina 23-6-2023 09:40 PM
Korang jangan lah setiap komen kerang2an jahh
Geli plak Haku
Hahahaha
Gatei benor Shuib ni
Gambar ig tadi mendayung sampan
Pelamin kerang
Moga tak roboh katil
Lama dah simpan
Quote zuriey 23-6-2023 09:40 PM
Hidup diselubungi pak raisudin
Harap watie jgn buka pintu bila pak raisudin dtg rumah  
Quote naina 23-6-2023 09:41 PM
BarbiePink replied at 23-6-2023 09:33 PM
Kerang kli neh
Anak dara lah katakn
Tu yg soeb bangga gila

Hadowww sis haruslah kurang 3 minit
Yuck
Quote mizzmimi 23-6-2023 09:41 PM
Edited by mizzmimi at 23-6-2023 09:45 PM

Soeb tonite be like

IMG_20230623_213923.jpg

Quote naina 23-6-2023 09:47 PM
mizzmimi replied at 23-6-2023 09:41 PM
Soeb tonite be like

Cilakak gambo nehhh
Quote pavlovachoc 23-6-2023 09:49 PM
Alhamdulillah.. anak shuib tu 4 org , hrp watie ikhlas la jaga semua
Quote gerbera.memopad 23-6-2023 09:52 PM
Walaupun bertema kerang tapi actually nampak grand jua pelamin tu.

Quote arwenlotr 23-6-2023 09:52 PM
mizzmimi replied at 23-6-2023 09:41 PM
Soeb tonite be like

Hodohnya yang belakang tu
Quote mizzmimi 23-6-2023 09:53 PM
naina replied at 23-6-2023 09:47 PM
Cilakak gambo nehhh



Sesuai sangat
Quote Masukkeluar 23-6-2023 10:12 PM
Edited by Masukkeluar at 23-6-2023 10:35 PM
gerbera.memopad replied at 23-6-2023 09:52 PM
Walaupun bertema kerang  tapi actually nampak grand jua pelamin tu.


cantik jgk kan..xnmpk marhean sgt. hahaha.
apapn aku respek gk kt watie, sggup trima suib dgn 4 org anak..mgkin korg ckp sbb suib berduit..tp klau aku kt tmpt watie mmg xnk aku..xnk jd ibu segera.
Quote dudaberhias 23-6-2023 10:13 PM
tahniah... selamat pengantin basi dan kepam...

dan juga selamat melambung sampai ke syiling hingga ke atap rumah jiran..

Quote Manusiabesa 23-6-2023 10:16 PM
Soeb kata menikah sbb anak2. Tp cara soeb senyum aku xnmpk demi anak2. Tp dia mmg tangkap cintan. Hahaha lols.sukati dia la ,life dia. Xkcau kita pun. Mlm ni soeb mesti dahaga sbb eksesais .
Quote Nham22 23-6-2023 10:19 PM
Masukkeluar replied at 23-6-2023 10:12 PM
cantik jgn kan..xnmpk marhean sgt. hahaha.
apapn aku respek gk kt watie, sggup trima suib dgn 4 or ...

Sape brani nk terima geng2x clubing
eddykana&wife ni... Shuib jela yg sanggup dsn berani...
Quote 3chanceno 23-6-2023 10:19 PM
zuriey replied at 23-6-2023 09:40 PM
Hidup diselubungi pak raisudin
Harap watie jgn buka pintu bila pak raisudin dtg rumah

Masih tinggal dgn soeb ke famili arwah? Pak Raisuddin tu masih kerja untuk sara bini dia yg terlebih muda tu?  

Susah jugak soeb nak atur keluarga dia dgn bini baru kalau famili arwah masih duk sama. Kita tunggu kalau ada apa2 update dari Pak Raisuddin nie lepas soeb nikah baru..Mungkin dah bincang2 arrangenent bila ex-duda terhot nie nikah baru.
Quote asfaz 23-6-2023 10:21 PM
mizzmimi replied at 23-6-2023 09:41 PM
Soeb tonite be like

Hahahahahahaha

Lihat semua komen(320)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-10-2024 03:21 AM GMT+8 , Processed in 0.071441 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top