CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sanggup Potong Kaki Supaya Jadi Lebih Tinggi Kerana Jemu Sering Ditolak Wanita

23-6-2023 09:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2465| Komen: 54

Bosan sering ditolak wanita, lelaki di Amerika Syarikat (AS) mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan memanjang kakinya supaya menjadi lebih tinggi.

New York Post semalam melaporkan, Dunzell Singers, 27, kini berketinggian 182 sentimeter selepas menjalani pembedahan memanjangkan kaki yang menelan kos AS$81,000 (RM378,756). 




“Sepanjang hidup, saya bergelut melihat diri saya sebagai seorang pendek dan tidak kira apa yang saya lakukan, saya akan merasai perkara yang sama.

“Pemanjangan anggota badan (kaki) memberi saya peluang untuk mengubah hidup dan menghargai kehidupan,” kata Singers.

Bermula hujung tahun lalu, Singers menjalani satu daripada enam pembedahan yang melibatkan tulang kakinya dipotong, memasukan rod dan memasang alat di luar kaki yang apabila dipusing akan memanjangkan tulang selama 90 hari.

“Selepas 90 hari, apabila anda mencapai ketinggian yang diinginkan, alat di luar kaki akan ditanggalkan dan rod dalam dibiarkan di tempatnya,” jelas Singers.


Tambahnya, apabila tulang baru tumbuh, rod itu akan dikeluarkan tetapi proses itu dijangka mengambil masa hampir setahun. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 23-6-2023 09:11 PM
Lebih 10 tahun lepas baca dalam marie claire, chinese ladies panjangkan betis. Ada yg sebab nk masuk beauty paegent. Cuma nak tau apa side effect? Kesan kat tulang, kalsium ? Macam BS tu ada banyak DS. Nak tanya doc @addamnor

Quote imransulaiman 24-6-2023 05:05 AM
Kenapa tak beli pil tambah tinggi je? Banyak jual kat Malaysia ni...











MIAHAHAHAHAHA...!
Quote noor2 24-6-2023 07:08 AM
Aku pun x minat lelaki rendah walaupun aku kategori perempuan rendah...
Quote Thunderclouds 24-6-2023 07:30 AM
noor2 replied at 24-6-2023 07:08 AM
Aku pun x minat lelaki rendah walaupun aku kategori perempuan rendah...

Samaaaa
Masa kt uni yg katik² mmg iols rejek
Katik+katik takut nnt ank² pn menurun katik. Kesiaaann..
Laki iols tinggiiiii..i dok bwh ketiak dia ja
Quote noor2 24-6-2023 07:41 AM
Thunderclouds replied at 24-6-2023 07:30 AM
Samaaaa
Masa kt uni yg katik² mmg iols rejek
Katik+katik takut nnt ank² pn menu ...

Kannnn...samala kita.....alhamdulillah anak kita tinggi2...hihi...tapi mmg turn off tengok lelaki rendah...

Amponnn

Quote Suchi 24-6-2023 08:01 AM
Thunderclouds replied at 24-6-2023 07:30 AM
Samaaaa
Masa kt uni yg katik² mmg iols rejek
Katik+katik takut nnt ank² pn menu ...

Rasanya semua pompuan pun suka lelaki tinggi lagipun lelaki ni bila dah jadi abah2 badan dah mula berisi nampak pelik kalau yg rendang2 tu.

Dulu penah kawan ngn senior kat tempat keje, umur dia 10 tahun lebih tua drpd iols tp disebabkan dia lelaki bersaiz XS nampak awet muda la.
Kelakar bila dia bitau berat dia masa tu 49 ke 50 lupa dah yg pasti berat dia sama ngn iols terpaksa la iols tipu bitau berat iols sekilo lebih ringan drpd dia sbb takut dia rasa malu.
Lelaki kan mesti nak lebih tinggi/berat drpd pompuan.
Bila tau berat dia sama ngn iols, mmg rasa ragu2 eh dia ni mampu ke melindungi? Boleh ke lawan org jahat huhuhu
Quote tikusmontok 24-6-2023 08:22 AM
Yang katik2 ayam serama ni biasanya napsu besor
Quote tumpanglalu74 24-6-2023 09:08 AM
Lelaki tinggi pulak suke sebat awek2 kecik yang 5 kaki ke bawah.  Dorang sapu licin sampai tinggal awek2 XL je untok zantan2 rendang tu..  Ramai dah haku tengok.  Haha.
Quote Dwdrum 24-6-2023 09:27 AM
tumpanglalu74 replied at 23-6-2023 05:08 PM
Lelaki tinggi pulak suke sebat awek2 kecik yang 5 kaki ke bawah.  Dorang sapu licin sampai tinggal a ...

Aku pula di consider tinggi untuk perempuan di US pakai heels over 6 ft..... Lelaki pendek selalu insecure maybe ego depa... Selalu perempuan pendek depa pandang bawah saja sebab rasa superior... Perempuan pendek akan rasa secure dengan lelaki tinggi... Aku pun tidak suka lelaki pendek dari aku rasa awkward... Di malaysia selalu nya kena tease dengan lelaki mostly sexual thingy... ingat aku  tidak faham cakap bahasa.. Depa kutuk tease aku sama jantan sebab depa mahu cerita disadvantage jadi jantan pendek.. Bitter truth
Quote shernazz 24-6-2023 09:46 AM
Selalu laki katik suka cakap beso..
Quote Mini.Me 24-6-2023 09:59 AM
Suchi replied at 24-6-2023 08:01 AM
Rasanya semua pompuan pun suka lelaki tinggi lagipun lelaki ni bila dah jadi abah2 badan dah mula  ...

Mula² kenal lakiku berat dia 52, aku 63...2thn bercinta ku berahsia berat ngan dia kemain segan...masuk bertunang badan dia start naik then sama berat ngan aku masa tu la baru ku revealed berat...skang lps 3thn kawin dia lg berat lebih 15kg dpd aku...nasib laa tinggi jgk dia so tak nampak gemuk katik
Quote pekanwoohoo 24-6-2023 10:00 AM
shernazz replied at 24-6-2023 09:46 AM
Selalu laki katik suka cakap beso..

Sebab insecure dengan diri diorang yang katik. Tapi kebanyakan ada konfiden level tinggi, pasal nak lawan balik insecurity tadi tu. Hahaha, faham tak?

Bos aku sekarang ni pun jenis katik, tinggi-tinggi staff perempuan je. Suka betul mengarah itu ini, semua jadi annoying dengan dia. Perangai pun nampak sangat jenis suka jilat bos.
Quote tumpanglalu74 24-6-2023 10:18 AM
Dwdrum replied at 24-6-2023 09:27 AM
Aku pula di consider tinggi untuk perempuan di US pakai heels over 6 ft..... Lelaki pendek selalu  ...

I feel U sis..  Haku yang 161cm ni pon rase awkward sangat dok Mesia ni.  Onglaki memang lari je tengok aku.  Itupon I stopped growing when I was 14.  At slightly shorter than this height during sekolah rendah I was a giant.  If I continued to grow until adulthood mungkin haku dah try jadi catwalk model.
Quote Zack8hunter 24-6-2023 10:25 AM
Berapa height yg korg consider as lelaki katik ni? ikut average ketinggian lelaki Msia ni tak sampai 165cm pun
Quote Beribear 24-6-2023 11:53 AM
Biar betul tak sampai 165. Tinggi iolss pon 165cm. Mujur ayah iolss tinggi. Mak iolss pon 159cm camtu kot. So abang iolss lg tinggi dari ayah 170++ maybe tak sure sbb tak pernah tanya. Iolss 3rd tinggi dlm family. Tp laki melayu malaysia mmg banyak yg rendah lah. Chinese tinggi² ye. Lelaki suka diri sebelah iolss ukur tinggi dorg hahahaha
Quote Decaffeinated 24-6-2023 12:00 PM
Baru tau ada teknik regangan macam ni.

Sebelum ni cuma pernah dengar senaman untuk tambahkan tebal gasket pada tulang belakang.
Quote Decaffeinated 24-6-2023 12:01 PM
tikusmontok replied at 24-6-2023 08:22 AM
Yang katik2 ayam serama ni biasanya napsu besor

biasanya? berapa banyak sample dah ko kaji

Quote Decaffeinated 24-6-2023 12:01 PM
shernazz replied at 24-6-2023 09:46 AM
Selalu laki katik suka cakap beso..

ada lojik sebab dorang nak compensate rasa rendah diri

Quote tumpanglalu74 24-6-2023 12:31 PM
Edited by tumpanglalu74 at 26-6-2023 09:54 AM
Zack8hunter replied at 24-6-2023 10:25 AM
Berapa height yg korg consider as lelaki katik ni? ikut average ketinggian lelaki Msia ni tak sampai ...
Bukan camtu bro.  Kene compare dengan wife dia.  If wife dia rendah dari dia otomatik kekatekan tu tak nampak.  Plus faktor pangai.  Macam Apeh Rosli tu kami kutok dia katek sebab sampai buntingkan skendel.  Meletus dalam Melodi bro.  Mase tu bini dia pon tak tau..  Kat Youtube ade.  Kami kutok katek bila menyampah..  Orang tak berdose macam orang kudong ke kami nak kutok watpe?

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-3-2025 10:57 PM GMT+8 , Processed in 0.108773 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top