Tidak lama lagi mahu bernikah dengan Shikin Maembong, muncul pula dakwaan tidak enak bekas isteri mengenai penyanyi dan pelakon Cat Farish. Menerusi hantaran Suriani Hassan di Instagram Stories, dia berkongsi sebuah artikel yang memaparkan seorang individu menuntut hutang rakannya ketika majlis perkahwinan. Susulan itu, rakan Suriani bertanya adakah dia tidak mahu menuntut wangnya yang dipinjam berjumlah RM10,000 itu. “Baru 5K @suriani.hj.hassan 10K tak nak tuntut ke,” soal individu itu. Suriani juga berdoa agar bekas suaminya itu terbuka hati untuk melangsaikan hutangnya.
Bukan itu sahaja, Suriani turut berharap bahawa Cat tidak berhutang dengan bakal isterinya. “Hahaha semoga Allah bukakan hati dia! Lol… harap kahwin baru ni dia tak berhutang laa dengan bakal isteri dia,” katanya. Pada hantaran lain pula, Suriani menyatakan bahawa bekas suaminya itu hanya berdiam diri, namun bila dia mula bersuara menjadi heboh. “Bila diam buat tak tahu… dia pun sama diammm. “Baru bersuara sikit dah heboh,” ujar Suriani. Untuk rekod, Suriani dan Cat Farish pernah berkahwin pada 20 November 2020 namun telah bercerai pada awal tahun ini. Walaubagaimanapun, hasil perkongsian hidup mereka tidak dikurniakan cahaya mata. Sumber: Xtra
|
dudaberhias replied at 23-6-2023 02:23 PM
belum kahwin dah red flag... yang si cikki tu pulak asalkan berjantan... sejenis hidup tak boleh tan ...
rayna_raynes replied at 23-6-2023 09:03 PM
Lah tiber. Time ni la baru nak berbunyi. Dulu cat tu jugak kau kejar
she replied at 24-6-2023 04:54 AM
Bukan bekas bini lawyer ke?
miracle_forever replied at 24-6-2023 01:19 PM
tu bekas bini no satu.. tini ramly kot namanya. suriani ni ex wife no 2. apa pun papa jahat mmg nm ...
she replied at 24-6-2023 04:54 PM
Lahhh macik ingatkan baru duda sekali
Muahahaha
ADVERTISEMENT