CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Bintang Bollywood Kajol Muat Naik Video Minta Kerja?

23-6-2023 07:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2545| Komen: 16


30 tahun terbabit dalam dunia Bollywood, peminat dikejutkan dengan video Kajol meminta pekerjaan.

Dalam videonya baru-baru ini, Kajol menjelaskan bahawa dia mengambil keputusan untuk berehat sebentar dari kerjayanya apabila dia berada di fasa kesulitan sebelum ini, namun lain pula jadinya hari ini.



IG

“Hi, tiada cara yang mudah untuk memberitahu perkara ini” kata Kajol dalam nada yang serius dan sayu sebelum menambah “Saya mencari kerja”. 

Dalam video berkenaan, Kajol juga memberitahu bahawa ada beberapa individu yang menawarkan pekerjaan untuknya sebelum ini, namun ditolak kerana ingin fokus menjaga anak-anaknya.

Hari ini, Kajol menjelaskan juga di dalam video tersebut bahawa dia berasa “takut dan gementar” untuk bersaing dengan pelakon-pelakon baru. Akan tetapi Kajol juga merasa yakin dengan pengalaman yang sedia  ada di mana dia akan menambah kemahiran yang baru bagi menguatkan lagi kedudukannya dalam industri lakonan.




“Saya berhenti seketika dari kerjaya sebelum ini untuk menenangkan diri, Banyak tawaran yang saya dapat sebelum ini dari nama-nama besar serta tempat yang menarik namun ketika itu saya duduk dirumah untuk menjaga anak-anak. Tapi sekarang saya berubah fikiran untuk kembali dan memulakan semula kerjaya saya." katanya.

Namun Kajol tidak memberitahu sebab lain kenapa beliau mengambil keputusan untuk berehat dari kerjaya selain dari menjaga urusan anak-anak.


Sumber: Murai

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 23-6-2023 08:05 PM
kalau kt malaysia, ni tanda2 nk bercerai
Quote Belibis 23-6-2023 08:35 PM
hokeypokey: kalau kt malaysia, ni tanda2 n ...

Kalau dari bertutup kemudian buka..juga ciri2 nak jadi janda..
Quote gerbera.memopad 23-6-2023 09:34 PM
hokeypokey replied at 23-6-2023 08:05 PM
kalau kt malaysia, ni tanda2 nk bercerai

Memang banyak gosip pun pasal ni actually. Ajay tu pun kalau dengan Kajol jarang menunjuk mesra, senyum ke apa. Kalau dengan pelakon perempuan lain bukan main, bergelak tersengih-sengih. Tak tahulah belakang media or kat rumah lain.
Quote mojarean_X 23-6-2023 09:48 PM
hokeypokey: kalau kt malaysia, ni tanda2 n ...
betullah tu. Diguna pakai satu dunia
Quote CoffeeOverdose 24-6-2023 03:38 AM
Bkn laki dia ada production sendiri ke? Aiyoo.. bau2 ikan sgt nih..
Quote HujanBatuTiga 24-6-2023 11:33 AM
Series baru. Dia jd lawyer. Ala² Dr Cho kot yg lama rehat pastu start keje balik.
Quote sarah_ary2 24-6-2023 07:41 PM
gerbera.memopad replied at 23-6-2023 09:34 PM
Memang banyak gosip pun pasal ni actually. Ajay tu pun kalau dengan Kajol jarang menunjuk mesra, s ...

Kan? Dahlah dulu ada skandal dgn Mahima
Quote gerbera.memopad 24-6-2023 09:22 PM
sarah_ary2 replied at 24-6-2023 07:41 PM
Kan? Dahlah dulu ada skandal dgn Mahima

Oh dia ada skandal dengan Mahima rupanya. Yang I tahu gosip dia dengan Tabu, sebab tu Tabu tak kahwin sampai sekarang.
Quote sarah_ary2 24-6-2023 10:14 PM
gerbera.memopad replied at 24-6-2023 09:22 PM
Oh dia ada skandal dengan Mahima rupanya. Yang I tahu gosip dia dengan Tabu, sebab tu Tabu tak kah ...

Haah ni masa movie yg Mahima jadi wife Ajay pastue Kajol jadi perempuan yg mengandungkan anak Ajay Dil Kya Kare tp Mahima bgtau sebenarnya rumour tue sebab director tue geram Ajay backup Mahima c nak close shot up kat Mahima, sebab masa tue Mahima baru lepas accident, lagi satu scandal ialah Ajay dgn Kangana, yg ni mmg katanya Kajol pun sampai hamuk
Quote TomyamPuteh 25-6-2023 01:28 AM
Affair dgn Kangana lg la hot. Hampir2 nk masuk bilik hotel dh.
Quote shida81 25-6-2023 12:41 PM
gerbera.memopad replied at 24-6-2023 09:22 PM
Oh dia ada skandal dengan Mahima rupanya. Yang I tahu gosip dia dengan Tabu, sebab tu Tabu tak kah ...

Katanya tabu tu besrfren dia dr kecik...
Mcm mn dia baik ngn srk mcm itulah ajay ngn tabu
Tp klu tgk dr klip2 yg bertebaran
Ajay ngn kajol mcm layan rendah x endah
Tp klu ngn tabu bukan main lagi gelak ketawa
Sbb ajay la kajol berjauhan ngn srk n kjo
Sbb laki dia x suka
Quote KBW2 25-6-2023 01:55 PM
gerbera.memopad replied at 23-6-2023 09:34 PM
Memang banyak gosip pun pasal ni actually. Ajay tu pun kalau dengan Kajol jarang menunjuk mesra, s ...

Kalau gosip bercerai kajol ni dah sedekad dah dik oi, cerainya idok
Quote NurAlia14 27-6-2023 07:08 PM
Kalau tgk kesian cara si ajay lyn kajol in public.lgsg xjga air muka bini..elok la pn kalau bercerai..why bertahan kajol anak pn dh besar..find ur own hapiness kajol
Quote sarah_ary2 27-6-2023 10:52 PM
shida81 replied at 25-6-2023 12:41 PM
Katanya tabu tu besrfren dia dr kecik...
Mcm mn dia baik ngn srk mcm itulah ajay ngn tabu
Tp klu t ...

Mcm bagus jah ajay ni padahal dia boleh pulak baik dgn perempuan lain, mesti dia jeles sebab tgk srk lagi serasi dgn isteri dia compared to dia aiols kecewa dulu bila tau kajol dgn sek bukan suami isteri sebab doranv sgt padan
Quote Page88 1-7-2023 08:28 PM
With Kajol's arrogance, I highly doubt if any big actor or upcoming actor wants to act with her also. She is such a horrible person.
Quote Bantalkuning 2-7-2023 01:41 PM
i dr dulu mmg tak minat ajay ni.. maybe sbb tak hensem mcm actor lain kot hahaha

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2026 12:36 AM GMT+8 , Processed in 0.275951 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top