Sebuah hotel di Johor Bahru, menafikan insiden lif terjunam dari tingkat empat berlaku di premisnya seperti yang tular dalam satu video sejak Selasa. Difahamkan, video tular itu menunjukkan lif berkenaan sarat dengan penumpang ketika kejadian.
Jurucakap KSL Hotel & Resort, Johor Bahru berkata, dakwaan tular dalam klip disebarkan sebuah akaun TikTok itu adalah palsu dan tidak tepat. Katanya, ini kerana lif tersebut mengalami kerosakan akibat terlebih muatan, namun ia sudah berada di aras bawah dan bukannya di tingkat empat seperti dikatakan dalam video tersebut. Tambah jurucakap itu, kes tersebut merupakan kejadian lama yang berlaku pada 30 Disember 2022 melibatkan lif barang atau kargo khas yang sepatutnya hanya digunakan pekerja hotel. Jelasnya, tiada mana-mana individu yang terperangkap untuk tempoh yang lama dalam kejadian itu seperti didakwa, selain semua tetamu yang terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan dan sudah menerima pampasan ekoran insiden terbabit.
Tambahnya, tiada sebarang ketidakpatuhan protokol keselamatan yang berlaku ketika insiden tersebut.
|
KSL Hotel & Resort, Johor Bahru akan mengambil tindakan saman ke atas pihak yang bertanggungjawab menyebarkan video dan maklumat palsu tersebut
antikorok replied at 24-6-2023 08:24 AM
Samada lif made in China kualiti tofu dreg ataupun yg naik lif sampai lebih muatan tuh tak reti baha ...
ADVERTISEMENT