CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Orang Muda Pendapatan RM3,000 Nak Simpan RM100 Pun Susah

23-6-2023 07:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2328| Komen: 49

Ramai golongan muda terutama yang menetap di bandar-bandar besar mengakui sukar untuk menyimpan wang sekurang-kurangnya RM100 setiap bulan.

Kos sara hidup yang tinggi ketika ini dan kenaikan gaji tahunan yang rendah menjadi antara punca golongan itu tidak dapat membuat simpanan bagi tujuan kecemasan biarpun sudah lebih lima tahun bekerja.


Lebih teruk lagi, mereka yang mempunyai pendapatan RM3,000 dan ke bawah itu terpaksa berhutang untuk meneruskan hidup sementara menunggu gaji pada bulan berikutnya.


Gambar hiasan

Seorang pekerja swasta, Erfat Khuzaimi, 30, berkata, dia yang mempunyai pendapatan bulanan sebanyak RM2,200 menyimpan niat untuk menabung RM200 sebulan, namun ia ibarat tinggal impian kerana sukar melaksanakannya disebabkan komitmen penting lain.

“Memang hendak simpan setiap bulan, tetapi selepas ditolak kos-kos perbelanjaan se­perti sewa rumah dan ansuran kereta, bakinya sekadar cukup makan untuk menampung perbelanjaan sehingga hujung bulan.


“Saya pernah mengasingkan wang (untuk simpanan), namun menjelang akhir bulan duit itu dikeluarkan semula untuk kegunaan harian termasuk membeli makanan,” katanya kepada Kos­mo! di sini baru-baru ini.

Menurut pemuda itu, dia terpaksa mengambil inisiatif mela­kukan kerja sam­pingan sebagai pembantu di butik pengantin pada hujung minggu dengan bayaran RM500 sebulan memandangkan gaji yang diterima setiap bulan tidak mencukupi jika berlaku kecemasan.

Perkara sama diakui pekerja perkhidmatan, Syafiq Mohd. Akhir, 32, yang memberitahu, kenaikan gaji tahunan rendah antara penyumbang orang muda termasuk yang masih bujang tidak dapat menyimpan meskipun sudah bekerja sejak 2015.

Menurut Syafiq, terdapat syarikat yang masih menggaji golongan muda yang memiliki ijazah de­ngan bayaran di bawah RM3,000.

“Sepatutnya apabila kos sara hidup meningkat, kenaikan gaji juga harus setimpal. Namun, situasi sekarang adalah berbeza yang mana kos hidup tinggi, tetapi gaji masih sama seperti beberapa tahun lalu,” luahnya.

“Meskipun belum berkahwin, aliran kewangan adakalanya masih kritikal berikutan perlu menyelesaikan komitmen seperti kereta, sewa rumah, pinjaman pendidikan, insurans dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, Nur Syazwani Che Kak, 32, memaklumkan, orang muda perlu mempunyai perancangan kewangan menyeluruh bagi membolehkan mereka membuat simpanan bulanan secara tetap sekurang-kurangnya RM100 sebulan.

“Saya amat memahami situasi dialami oleh orang muda sekarang. Mereka perlu membayar komitmen pada setiap bulan, tetapi seboleh-bolehnya aspek simpanan jangan dilupakan dan perlu diletakkan sebagai keuta­maan.

“Sebagai contoh, asingkan duit simpanan selepas mendapat gaji.

“Selepas itu, jika ada lebihan (wang gaji) barulah membeli barangan yang diinginkan sebagai reward (ganjaran) kepada diri sendiri setelah penat mencari rezeki,” katanya.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 23-6-2023 07:21 PM
selepas ditolak kos-kos perbelanjaan se­perti sewa rumah dan ansuran kereta

ansuran kereta? nampak tak penangan minyak murah bersabsidi lepas tu komplen tak boleh menyimpan

Quote isseliparjepun 23-6-2023 07:35 PM
3k kalau duduk dibandar besar memang tak cukuplah. Mana nak bayar sewa bilik, transport, makan lagi, simpan lagi. Belum lagi nak unwind dari penat bekerja hujung minggu.
Quote aechae 23-6-2023 07:37 PM
Xpelah, dh potong epf busuk2 ada 23% (employer+employee) jugak tersimpan….jgn gigih merintih “epf hak kami” dh lah…
Quote ultra78 23-6-2023 07:41 PM
Pendapatan sebulan RM2,200 dan pakai kereta. Memang sakit tu..
Quote totokreturn. 23-6-2023 07:43 PM
untung la sapa yg boleh simpan 400k dalam asb1 dan 2
Quote aechae 23-6-2023 07:46 PM
ultra78 replied at 23-6-2023 07:41 PM
Pendapatan sebulan RM2,200 dan pakai kereta. Memang sakit tu..

Belas2 tahun dlu msa ktorg bru2 nk start keja abah ckp awal2 dh gaji 3k bru bleh beli kereta okeh…suh cri keja pn yg bleh naik public transport

Fast forward..skang kami bahagia tnpa kereta jugak
Quote PULANGKAN 23-6-2023 08:00 PM
gaji RM3k, duduk di bandar, dikira miskin bandar

bukan kayangan, bukan pertengahan, tapi kategori MISKIN bandar

pindah ke kawasan luar bandar, sama ja. gaji yang company offer, bawah gaji minima hatta dah tahun 2023 ni
Quote green~tea 23-6-2023 08:02 PM
Edited by green~tea at 23-6-2023 08:04 PM

18-19 tahun lalu gaji bersih iols tak sampai 2k pun.. kerja di melaka, so public transport is non existence so terpaksa ada kereta juga.. so beli le keta 2nd hand, iswara aeroback RM246 aje sebulan, full tank zaman tu rm36-40 je...

Sewa rumah RM200+50 (bill) je teres landed, kongsi 3 org colleagues.. i tak beli katil pun, tido di atas toto ajeee..

Dapat simpan 1k sebulan...

Sbb makan kat melaka sgt murah, area terendak tu kem askar... sepinggan keli (3-4 ekor) salai fresh RM5 aje.. bleh makan nasi untuk 2-3 X...  i goreng garam kunyit je mkn ngn sambal & kicap
Quote hokeypokey 23-6-2023 08:03 PM
gaji 3000 ni 20 tahun yg dulu banyak ler..
Quote ultra78 23-6-2023 08:32 PM
aechae replied at 23-6-2023 07:46 PM
Belas2 tahun dlu msa ktorg bru2 nk start keja abah ckp awal2 dh gaji 3k bru bleh beli kereta okeh ...

Awak tak pernah beli kereta? Saya skrg baru nak beli kereta selepas hampir 2 tahun tak ada kereta. Budget saya kereta local RM50k aje. Kawan-kawan saya pakai kereta H. Saya park duit saya banyak dlm investment dan takaful keluarga
Quote cmf_premierleag 23-6-2023 08:44 PM
Nanti mesti puak2 boomers kertu nak mampos tak reti2 nak pencen akan cakap depa dulu ms umur lps grad, dpt gaji 3k lebihhhhhh dr cukup
Quote Imkhai 23-6-2023 08:45 PM
dh pkai H mmg la xmampu cer pkai moto H je senang2 je hidup ko
Quote aechae 23-6-2023 08:59 PM
ultra78 replied at 23-6-2023 08:32 PM
Awak tak pernah beli kereta? Saya skrg baru nak beli kereta selepas hampir 2 tahun tak ada kereta. ...

Aset yg iols xda kereta lah.. dh survived cenggini so rsa bkn keperluan utk iols gtuu.. pernah 2-3x nk beli tp bkn utk sndri pakai, nk bg adik pakai msa dia mula2 nk keja dlu pastu nk tggal kt kampung senang nk berderat. Tp tulah, x beli pn jugakk… mekasih pd grabcar

Yg x best nya, laki iols suh drive plak..cmna nk ngelat ni
Quote ultra78 23-6-2023 09:04 PM
aechae replied at 23-6-2023 08:59 PM
Aset yg iols xda kereta lah.. dh survived cenggini so rsa bkn keperluan utk iols gtuu.. pernah 2-3 ...

rumah jauh dari ofis ke?
Quote aechae 23-6-2023 09:08 PM
ultra78 replied at 23-6-2023 09:04 PM
rumah jauh dari ofis ke?

X jauh pn.. x smpai 10km pn..klu runner tegar bleh lari2 je..dr LRT g opis pn less 5km… soon rumah baru siap jarak 900m bleh jalan kaki je uolss
Quote kakikuDibibirmu 23-6-2023 09:41 PM
Miskin bandar memakai baju baru warna-warni;
Mengunjungi sanak kaum famili...

Quote VespaSilbe 23-6-2023 09:55 PM
Tu beshe.. yg luar beshe gaji gituh tapi duit kepoks.. brg branded
Quote Lagubestbest 23-6-2023 09:56 PM
gaji kita ala-ala pil kuda je, sedap gian tapi depa bagi cukup2 untuk kita tak memberontak je. nak tanak kena meniaga.
Quote pooh~key 23-6-2023 09:58 PM
ultra78 replied at 23-6-2023 08:32 PM
Awak tak pernah beli kereta? Saya skrg baru nak beli kereta selepas hampir 2 tahun tak ada kereta. ...

Kau cuba ngorat sis aechae ke sissy?

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-3-2025 10:35 PM GMT+8 , Processed in 0.080691 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top