CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tergamam Ditanya Status ‘Lelaki’ Dari Luar Negara, Jaclyn Victor Masih Berteka-Teki

23-6-2023 06:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 425| Komen: 0

Siapa lelaki warga asing yang menemani Jaclyn Victor semasa menonton sebuah persembahan di ibu negara, baru-baru ini?

Nampaknya, Jac masih berteka-teki status hubungan mereka apabila memaklumkan lelaki itu sekadar kawan biasa.


“Dia adalah kawan saya dari United Kingdom (UK) yang sedang bercuti di sini. Kami sudah kenal sejak lima tahun lalu (2018). Kami duduk semeja menonton persembahan pada malam itu.


IG

“Kalau ada apa-apa, saya pasti akan beritahu. Umur saya pun sudah 45 tahun tiada masa hendak berahsia lagi,” katanya yang kelihatan tergamam semasa diajukan soalan tersebut.

Spekulasi itu timbul selepas juara program realiti Gegar Vaganza Musim Kesembilan itu dilihat ditemani seorang lelaki tinggi lampai memakai sut berwarna gelap di lokasi tersebut.

Selepas bercerai pada 2019, Jac berkata, dia bukan individu yang akan mencari pasangan hidup kerana mahu berserah pada takdir tentang bab jodoh.


“Bila mencari (pasangan hidup) kita akan jumpa tak elok. Jadi, biar dia datang sendiri.

“Tak dinafikan zaman sekarang orang perempuan pun boleh mencari (pasangan hidup), tetapi saya tidak mahu begitu. Kalau kena pada masanya, ia akan muncul sendiri,” kongsinya.

Disoal hubungan anak-anak dengan bekas suami, Jac berkata, mereka selalu berkomunikasi melalui panggilan video.

Katanya, dia tidak pernah menghalang anak-anak berjumpa bapa mereka sendiri.

“Tahun ini, ada juga dua kali dia datang berjumpa anak-anak. Anak saya pernah bertanya adakah kita mempunyai keluarga?

“Anak-anak tak tahu (kes cerai) tapi mereka faham dan kenal bapa sendiri,” katanya.

Jac mendirikan rumah tangga dengan vokalis kumpulan R&B antarabangsa, AZ Yet, Shawn Rivera di sebuah gereja bersejarah di Philadelphia, Amerika Syarikat pada 19 Julai 2014.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Jonah Joshiah Rivera, 8, dan Molly Marguerite Rivera, 6.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-10-2024 03:12 AM GMT+8 , Processed in 0.023180 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top