Walau sudah melafaz talak terhadap isteri keduanya, Nursufia Johari pada Mac lalu, nampaknya kemelut rumah tangga pempengarug dan Guru TikTok Boss Kay belum berkesudahan. Anak kedua Cik Pia iaitu Baby Arumi sudah pun berusia 6 bulan, namun selaku ibu, dia amat sedih kerana si kecil itu langsung tidak pernah merasai kasih sayang seorang bapa kandung.
Terdahulu, Boss Kay dikatakan tidak datang ke pusat rawatan saat Cik Pia bersalin dan sukar memberikan kerjasama dalam urusan pendaftaran MyKid di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Dia juga dikatakan terpaksa berjauhan dengan anak-anak kerana keperluan kerja yang mana hasilnya nanti terpaksa digunakan untuk melangsaikan hutang lelaki berkenaan sementara pihak sana sedang bahagia meraikan rumah tangga baru. Cik Pia Boss Kay juga mengabaikan nafkah dua anaknya itu.
Menerusi ruangan komen, netizen juga kecewa dengan luahan yang dibuat Cik Pia. Mereka menyifatkan sebenarnya seseorang itu tidak kisah pun dengan kehidupan baru bekas suami asalkan mampu melaksanakan tanggungjawab terhadap anak-anak. Mereka terus memberikan kata-kata positif untuk Cik Pia selain yakin dengan kifarah Allah suatu hari nanti. Sumber: Kisah Dunia
|
ADVERTISEMENT