CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Golongan Muda Kenal Justin Bieber Tapi Langsung Tak Kenal Tun Abdul Razak, Siap Mengaku Gagal Subjek Sejarah

23-6-2023 04:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1275| Komen: 29

Tular satu video yang dirakam oleh seorang pempengaruh media sosial bertanya generasi muda sama ada mereka mengenali Justin Bieber dan Tun Haji Abdul Razak atau pun tidak.

Video dimuat naik @raffisimple di aplikasi TikTok memaparkan pemuda itu bertanya beberapa anak muda dengan menunjukkan gambar dua figura yang dikenali dalam situasi dan abad berbeza.




“Kenal tak siapa lelaki ini?”soalnya sambil menunjukkan gambar pelatun lagu Baby.

Rata-rata daripada mereka amat mengenali penyanyi kelahiran Kanada berusia 29 tahun. Namun, segalanya terhenti dan membuatkan mereka terpaku buat seketika bagi menjawab soalan yang menunjukkan gambar tokoh Bapa Pembangunan, Tun Haji Abdul Razak  bin Dato’ Hussein.



Malah, ada dikalangan mereka mengakui diri gagal dalam subjek Sejarah sebaik sahaja gambar figura itu ditunjukkan kepadanya dan memberi peluang buat rakan di sebelah untuk menjawab.

Rata-rata warganet meluahkan rasa sedih dan bersimpati dengan nasib menimpa anak-anak muda zaman sekarang.

Mana tidaknya, mereka kini lebih cakna dan mengenali selebriti jika hendak dibandingkan dengan tokoh negara dikagumi seperti Tun Haji Abdul Razak iaitu Bapa Pembangunan yang juga Perdana Menteri Malaysia kedua. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote swimswim 23-6-2023 04:47 PM
Tu la, bila org ckp budak2 muda zaman ni bengap, menggelintat masing2 buat tiktok videos to prove they arent
Quote dua_chzy 23-6-2023 04:56 PM
Aiols terkesima tau tengok video2 begini.

Di budak2 bandaraya Key El Slego dek. Bukan budak2 pedalaman hutan Borneo sana.
Quote dua_chzy 23-6-2023 04:58 PM
Tapi interviewer tu pun cam aiols nak lempang je dok pandai pandai gitu. Dah la ko approach awek comel2 jeh.
Quote namr 23-6-2023 04:59 PM
budak bodoh bhahaha
Quote ifanonline 23-6-2023 05:02 PM
apa kepentingan tun razak kpd golongan muda? justin bieber masih hidup, razak sudah meninggal...

knp nak ingat org mati?
Quote antikorok 23-6-2023 05:38 PM
Edited by antikorok at 23-6-2023 05:43 PM

Kalau yg kertu tak kenal Justin Biever Bibiaq terpaling tuh faham la jugek tapi kenal jahhh both pong. So, better la dari gen z yg kenal Justin Bieverrr Baybeh Baybeh yg pernah dapat rekod dislike terbanyak Utube tuh tapi tak kenal langsong bekas PM kan. Nampak nau basic knowledge gen z skrg pong fail. Lemahhh
Quote BENTARA 23-6-2023 05:42 PM
dont worry sekarang ni takperlu nak marah marah situasi kini sebab kita semua dah tahu siapa yg salah..... takperlu menuding jari kat sapa sapa sebab DAP sanggop pikul tgwb itu,,,,
Quote dani-rox 23-6-2023 07:25 PM
Tapi... tapi pelajar cemerlang score straight As dlm SPM tetiap tahun makin ramai kan? kan?

#IndeLululemonMode
Quote hokeypokey 23-6-2023 07:37 PM
siapa Tun Abdul Razak???
jawapannya: ayah bossku
Quote PULANGKAN 23-6-2023 08:20 PM
ifanonline replied at 23-6-2023 05:02 PM
apa kepentingan tun razak kpd golongan muda? justin bieber masih hidup, razak sudah meninggal...

kn ...

sebab nak cari kerja nanti, tiba2 HR tanya soalan sama. walaupun takde kena mengena dengan jawatan. choiii bukan  
soalan random pernah Iols kena, angin takdak, ribut takdak, tiba2 dia tanya Akta Kanak-Kanak 2001

Iols tarik nafas dalam-dalam, pastu nangis  
Quote snowflakes 23-6-2023 09:14 PM
Tanya budak kelas belakang ni... cuba gi sbp ke mrsm ke... confirm kenal semua...
Quote sharlenetexas 23-6-2023 09:19 PM
Dah ko tu pemalas baca buku sejarah.


Quote sharlenetexas 23-6-2023 09:21 PM
Weols dulu mmg hafal senarai menteri zmn tun m. Tapi zmn lepas tu dan lebih2 lagi skrg mmg tak terhafal.


Quote ifanonline 23-6-2023 09:48 PM
PULANGKAN replied at 23-6-2023 08:20 PM
sebab nak cari kerja nanti, tiba2 HR tanya soalan sama. walaupun takde kena mengena dengan jawatan ...

Tiada manfaat mengingati org mati selain rasul, sahabat2 baginda, etc...syafaat nabi lagi penting dr mengingati pemimpin2 melayu
Quote mojarean_X 23-6-2023 09:51 PM
Euww bdk rawang je kot. Poyonya....
Quote mojarean_X 23-6-2023 09:52 PM
dua_chzy replied at 23-6-2023 04:56 PM
Aiols terkesima tau tengok video2 begini.

Di budak2 bandaraya Key El Slego dek. Bukan budak2 pedala ...

Zaman iols umur mereka, rawang tu pedalaman sgt
Quote PULANGKAN 23-6-2023 11:50 PM
ifanonline replied at 23-6-2023 09:48 PM
Tiada manfaat mengingati org mati selain rasul, sahabat2 baginda, etc...syafaat nabi lagi penting  ...

oh begitu. tapi kan sis,
kenapa orang masih mempelajari tokoh-tokoh islam yang lain jua, sedangkan mereka bukan rasul dan sahabah?
contoh terkenal, Ibn Sina dan Al-Khawrizmi, juga Sultan Muhammad Al-Fateh?


bukankah kita sebagai rakyat, at least kena tau asal usul dan pembangunan negara sendiri?
seperti mana kita mempelajari agama dan sejarah Islam. kan banyak nama-nama yang bukannya dari golongan rasul dan sahabah
contoh terkenal, Abu Lahab, bapa saudara nabi yang terkenal dengan kekufurannya. surah Al-Masad dalam Al-Qur'an mengenai dia ja

why sis, adakah tiada manfaat juga mengingati orang-orang lain yang mempunyai sejarah baik atau buruk?

Edmund Burke (1729-1797) dan George Santayana (1863-1952), iaitu “Seseorang yang tidak belajar daripada sejarah akan ditakdirkan mengulangi kesilapan lalu”.


Quote dua_chzy 24-6-2023 02:09 AM
mojarean_X replied at 23-6-2023 01:52 PM
Zaman iols umur mereka, rawang tu pedalaman sgt

Tapi nowadays Rawang dah hapgred banyak. Pedalaman Rawang bukan level pedalaman Borneo hurkeh.
Quote annehuda 24-6-2023 02:59 AM
Tetiba aku teringat meme yg viral tu, dia whatsapp kawan die letak 2 gambar, satu gmbr boy iman pakai tanjak satu lagi gmbr artis kpop,pastu kawan dia tny antara pejuang kemerdekaan dgn artis kpop ko sokong mana? Bleh plak kawan dia jwb something mcm ni, walaupun aku peminat kpop aku tetap akan sokong pejuang kemerdekaan. Aku terfikir gak mungkinkah meme tu sbnrnye mmg real conversation kan since gen z ni bodoh sejarah? Lol

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-3-2025 10:45 PM GMT+8 , Processed in 0.051486 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top