Ramalan tragedi kapal selam untuk meneroka sisa bangkai kapal Titanic yang menjadi kenyatan, membuat seorang pengguna Twitter melabel dirinya sebagai seorang 'nabi'. Ciapan mengenai ramalan tersebut dibuat pada 4 September 2022, iaitu sembilan bulan sebelum tragedi Titan berlaku.
"Saya mempunyai idea untuk sekuel Titanic (1997), di mana sebuah kapal selam mewah yang penuh dengan jutawan terhempas semasa melawat bangkai Titanic. (Mereka semua lemas dan dimakan oleh ketam. Filem ini berdurasi 26 minit. Sangat boleh ditonton semula.)," demikian ciapan pengguna Twitter yang menggunakan akaun @Phineas. Dia kemudian memuat naik satu ciapan baru pada 22 Jun (Khamis), selepas tragedi berkenaan dilaporkan secara meluas oleh media. "Saya hampir terlupa mengenai ini, tapi ia menarik perhatian bahawa saya adalah seorang nabi," tulisnya.
Terdahulu pada Khamis, media melaporkan kapal selam Titan yang dalam perjalanan untuk meneroka sisa bangkai Titanic, dipercayai meletup berhampiran kapal persiaran mewah itu. Ia dilaporkan hilang sejak Ahad lalu itu dan kesemua lima penumpang kapal selam tersebut dilaporkan terkorban. Mereka terdiri daripada Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Stockton Rush; jutawan British, Hamish Harding, ahli perniagaan dari Pakistan, Shahzada Dawood serta anaknya Suleman Dawood, dan Paul-Henri Nargeolet. Syarikat yang mengendalikan 'pengembaraan' berkenaan, OceanGate, mengenakan bayaran sebanyak AS$250,000 (RM1.16 juta) setiap seorang untuk menyertai ekspedisi selama lapan hari bagi meneroka Titanic, yang terletak pada kedalaman 3,800 meter dan 700 kilometer selatan St John's, Newfoundland. Sumber: mStar
|
pooh~key replied at 23-6-2023 05:08 PM
Akak yang bijak ni bila baca komentar heols, part dia kata dia nabi tu nampak persis bergurau jah si ...
pooh~key replied at 23-6-2023 05:08 PM
Akak yang bijak ni bila baca komentar heols, part dia kata dia nabi tu nampak persis bergurau jah si ...
nolya replied at 23-6-2023 08:34 PM
Dia non-muslim pun percayakan kenabian seseorang ke? Bagi Islam, taraf seorang nabi bukan sesuatu ...
pooh~key replied at 23-6-2023 08:46 PM
Baiklah, nabi nolya. Sissss….
PULANGKAN replied at 23-6-2023 08:25 PM
khuens kaka
manakala Iols yang tak bijak juga baca text heols, adalah dalam nada bergurau kerana k ...
Samerosie replied at 23-6-2023 09:38 PM
Tu la korunk bila cikgu ajar BI kat depan class korung tido kat belakang kan...(yg mana tak faham ap ...
ADVERTISEMENT