CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jumpa Bayi Perempuan Di Belakang Rumah "Anak Tak Mengaku Dia Beranak Tapi Saya Nampak Lelehan Darah Di Betisnya"

23-6-2023 03:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3090| Komen: 42

Tumpat: Bayi perempuan ditemukan di belakang rumah di Kampung Geting, dipercayai baru dilahirkan oleh seorang remaja.

Bayi itu disyaki dilahirkan jam 9.30 pagi oleh remaja berusia 18 tahun secara bersendirian tanpa pengetahuan keluarga.


Ibu remaja itu yang mahu dikenali sebagai Liza, 37, berkata, dia dihubungi anak perempuannya itu memaklumkan terdengar jeritan bayi dari belakang rumah dan mendakwa ada individu membuang bayi.


Foto: Harian Metro

"Saya ketika itu sedang bekerja di kedai kopi dan selepas menerima panggilan anak, saya tidak terus pulang kerana sedang membungkus nasi untuk pelanggan.

"Tidak lama kemudian, anak menelefon sekali lagi dan saya meminta seorang saudara ke lokasi yang diberitahu untuk memastikan kesahihan berita itu.

"Selepas keadaan di tempat kerja sedikit tenang, saya pulang ke rumah dan melihat jiran sedang memangku bayi perempuan dan saya terus bertanyakan anak perempuan adakah bayi itu anak dia namun dia nafikan," katanya kepada Harian Metro.


Liza yang berasal dari Sungai Golok, Thailand berkata, jiran memberitahu bayi perempuan itu ditemukan dalam keadaan berbogel dan sudah kebiru-biruan manakala tali pusat sudah dipotong dan uri pula siap ditanam tidak jauh dari tempat bayi itu ditemukan.

Menurutnya, anaknya masih belum berkahwin dan tidak tahu jika remaja itu mengandung kerana fizikalnya yang memang semula jadi berisi.

Dia berkata, anaknya itu baru menetap bersamanya sejak Ramadan lalu selepas bapa kandung yang juga bekas suami Liza meninggal dunia akibat serangan strok.

"Saya mendesaknya untuk mengaku bahawa bayi perempuan itu anaknya tapi dia enggan sebaliknya mendakwa lelehan darah yang turun di betisnya adalah kerana datang bulan.

"Buntu memikirkan perkara itu menyebabkan kami terpaksa menghubungi polis dan anak serta bayi perempuan itu dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut," katanya yang sedang hamil enam bulan bersama suami baru.

Liza berkata, anaknya itu tidak menunjukkan perubahan ketara sebaliknya memberitahu rasa kurang sihat dan terasa lapar ketika bangun dari tidur kira-kira jam 1 pagi tadi.

Menurutnya, sebelum turun bekerja ke kedai kopi jam 4 pagi, Liza sempat memasak untuk remaja perempuan itu yang dikatakan demam tanpa memikirkan apa-apa yang pelik.

"Beberapa jam selepas itu saya dikejutkan dengan berita penemuan bayi perempuan oleh anak dan lebih mengejutkan ia mungkin dilahirkan anak saya sendiri," katanya.

Sementara itu, Asisten Komisioner Amran Dolah mengesahkan menerima laporan berhubung penemuan bayi perempuan itu dan siasatan lanjut sedang dibuat. -CARI

Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lolalala 23-6-2023 04:01 PM
Emak pun memang x percaya anak
Quote Lentera 23-6-2023 04:14 PM
Anaknya baru je dok dgn mak. Selama ni dok dgn ayah. Mak pulak tgh peknen 6 bln hasil jamak dgn laki baru. Nanti anak sebaya dgn cucu
Quote pekanwoohoo 23-6-2023 04:19 PM
Kenapa eh kalau terlanjur macam ni, senang-senang je boleh keluarkan anak tu, macam takde apa pun. Tapi kalau orang lain, sampai macam-macam komplikasi ada masa nak beranak tu. Ke sebab diorang ni muda lagi, jadi memang mudah nak beranak?
Quote whimsicalmusic 23-6-2023 04:31 PM
pekanwoohoo: Kenapa eh kalau terlanjur maca ...
org ckp tu nikmat Allah bg, mudah beranak mcm binatang. org ckp ye bkn aku. tp melihatkan contoh2 kes mcm betul. lg 1 maybe sbb ketakutan menguasai diri, so jd lg kuat utk act like normal. kalo org biasa nk jln pas beranak pn kdg2 blh menangis hehe
Quote Atata 23-6-2023 05:40 PM
pekanwoohoo replied at 23-6-2023 04:19 PM
Kenapa eh kalau terlanjur macam ni, senang-senang je boleh keluarkan anak tu, macam takde apa pun. T ...

Dia takut sangat lah tu. Desperate nak kasi keluar anak tu dlm kesakitan yg amat tapi risau, tanak sapa2 tahu. Kita kalau dah desperedo, keluar super power terus. Beranak sendiri teran sendiri pun mampu
Quote Lavender_Violet 23-6-2023 06:00 PM
whimsicalmusic replied at 23-6-2023 04:31 PM
org ckp tu nikmat Allah bg, mudah beranak mcm binatang. org ckp ye bkn aku. tp melihatkan contoh2 k ...

Yup, betul...aku pun ada dengar mcm tu
TAPI masa tu aje lah senang....kesengsaraan selepas itu bakal bermula
Akan timbul macam2 masalah
Anak kena tempias hasil dari dosa mak ayah
Quote nazzse 23-6-2023 06:02 PM
Kg Geting? Kawasan bohsia & bohjan so tak pelik pun
Quote lattehazelnut 23-6-2023 06:09 PM
pekanwoohoo replied at 23-6-2023 04:19 PM
Kenapa eh kalau terlanjur macam ni, senang-senang je boleh keluarkan anak tu, macam takde apa pun. T ...

Baby x cukup zat kot, kecik je..
Quote copy_paste 23-6-2023 06:12 PM
pekanwoohoo replied at 23-6-2023 04:19 PM
Kenapa eh kalau terlanjur macam ni, senang-senang je boleh keluarkan anak tu, macam takde apa pun. T ...

haah kan,mmg xde masalah pun,spt yg dikatakan daulah,ibu2 kena beranak secara semulajadi xperlu ke hospital, itulah buktinya xde apa2 komplikasi pun sihat je,yg g hospital tu yg ada komplikasi pulak hahahahaha,
Quote Tinot7 23-6-2023 06:18 PM
Iols kagum, uri pun bleh settlekan sendiri.. wow..
Quote shernazz 23-6-2023 07:36 PM
Wei..dia umur sama dgn iols
Anak dia dah umo 18 weiii

Iols anak masih sekolah rendahhh
Quote hokeypokey 23-6-2023 07:45 PM
lain kali balut dlu dgn kain, pastu letak kotak baru nampak real skit, ni ko letak baby tu bogel, uri pun tanam sekitar tu jugak, mmg la mak ko syak
Quote Suchi 23-6-2023 08:52 PM
pekanwoohoo replied at 23-6-2023 04:19 PM
Kenapa eh kalau terlanjur macam ni, senang-senang je boleh keluarkan anak tu, macam takde apa pun. T ...

Ada je, sampai mati beranak pun ada. Ada yg baby tu lahir mati pun ada.
Ada org kata beranak hat gini kononnya tak sakit.
Dia bkn tak sakit, tp camni otak kita ni kan yg kawal semua rasa sakit.
Bila dlm keadaan terdesak gini, fokus dia cuma nak baby tu kuar je pastu plan seterusnya nk buang ke apa.
Jd rasa sakit yg teruk tu seolah2 tak terasa,lelagi dia sorang diri je kan mmg la auto jd lebih kuat dan berani lain la kalau ada laki dan2 la tak larat itu ini.
Quote Suchi 23-6-2023 08:59 PM
Atata replied at 23-6-2023 05:40 PM
Dia takut sangat lah tu. Desperate nak kasi keluar anak tu dlm kesakitan yg amat tapi risau, tanak ...

Betul tu, itu la juga yg iols paham dlm keadaan terdesak dia lebih risaukan kalau kantoi berbanding rasa sakit tu.
Ikutkan perempuan boleh/mampu je lahirkan anak sendiri secara semulajadi tanpa bantuan.
Bila ada gesaan tu tubuh tau je apa nk buat auto je rasa nak kangkang/cangkung utk kuarkan baby tu.
Tp kalau ada komplikasi mmg akan ada masalah lah.
Quote orkid_amani 23-6-2023 10:26 PM
pekanwoohoo: Kenapa eh kalau terlanjur maca ...
biasa mmg gitu yuu .kalau ank luar nikah hasil dari zina mmg senang beranak. Kita yg kawen ni separuh nyawa meneran nk pitam gelap mata baru kluaq baby
Quote sharlenetexas 23-6-2023 10:40 PM
Sape jantan tak guna tu?


Quote kaedahnya 23-6-2023 10:53 PM
kesian anak pompuan dia. dah la sebelum ni duduk dengan bapak yang sakit. pastu termengandung pulak.
Quote sukacactus 23-6-2023 11:36 PM
37 dah jd nenek
Mak yg hamil, tiba2 dapat cucu pulak
Quote caramello 24-6-2023 08:43 AM
Harap x dihalau anknya tu nti sbb conteng arang ke muka..

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-3-2025 10:30 PM GMT+8 , Processed in 0.143080 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top