Siapa sangka daripada pelarian Syria, lelaki ini kini menjadi datuk bandar sebuah bandar kecil di Jerman. Wakil tertinggi Syria di Kesatuan Eropah, Dan Stoenescu berkata, pemilihan Ryyan Alshebl melambangkan integrasi jutaan pelarian Syria di Eropah.
"Pelarian Syria menjadi jambatan merentasi Mediterranean antara Eropah dan tanah air mereka. "Mereka akan berada di barisan hadapan dalam membawa perubahan positif yang sangat diperlukan," katanya. Ryyan adalah anggota parti Green, namun bertanding sebagai calon bebas, dengan memenangi 55.4 peratus undi dalam pemilihan datuk bandar, April lalu. Beliau berterima kasih kepada pengundi kerana melakar sejarah, selain tekad menjadi 'datuk bandar untuk semua' apabila memegang jawatan itu. Semasa kempen pilihan raya, beliau berjanji untuk menambah baik penjagaan kanak-kanak, menambah baik akses Internet serta membabitkan penduduk dalam membuat keputusan datuk bandar.
Ryyan, 29, berkata, beliau meninggalkan Syria bagi mengelak daripada ditugaskan di medan perang. Katanya, dia menjadi sebahagian kumpulan penduduk Syria yang dibenarkan masuk ke Jerman apabila Canselor ketika itu, Angela Merkel membenarkannya. Ryyan dipercayai pelarian Syria pertama dipilih sebagai datuk bandar pertama Jerman daripada kira-kira 900,000 orang yang tiba semasa krisis pada 2015. Beliau melarikan diri dari perang saudara Syria melalui Turki dan Greece pada tahun itu, serta pada mulanya ditempatkan di penginapan pelarian di Jerman. Beliau kemudian memohon kerakyatan Jerman. Rakyat Syria boleh melengkapkan tempoh menunggu lapan tahun atau mendapatkan pasport awal dengan cemerlang dalam kursus integrasi. Selepas itu, beliau memujuk penduduk Ostelsheim, sebuah bandar dengan populasi 2,700 di barat daya Jerman, untuk memilihnya sebagai datuk bandar. Sumber: Harian Metro
|
zuriey replied at 23-6-2023 04:07 PM
Malaysia bakal ada meteri keturunan rohinya
KamikuP replied at 23-6-2023 04:27 PM
Sebelum tu pelarian rohingya masuk IPTA/IPTS dulu yaachh
beliau memujuk penduduk Ostelsheim, sebuah bandar dengan populasi 2,700 di barat daya Jerman
ADVERTISEMENT