CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Duduk Depan Mata Pun Tak Sedar Anak Terlepas Keluar Siap Buat Seks Dengan Laki Orang

23-6-2023 03:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2770| Komen: 38

Setegas mana didikan ibu bapa, ia tidak menjamin anak-anak tidak akan terjebak dengan perkara negatif, mengambil kira kehadiran faktor luaran yang berada di luar kawalan ibu bapa.

Terbaru, tular kisah seorang bapa mengenai anak gadisnya yang menjadi liar sehingga akhirnya maruah diri tergadai.


Lebih menyedihkan, anak gadisnya yang berusia 16 tahun itu terlanjur dengan seorang lelaki berstatus suami orang.



"Dah tegur... telefon tak pernah kasi, duduk depan mata (tinggal bersama). Isteri suri rumah... bab didikan, aku dan isteri tegas tapi masih beri perhatian dan kasih sayang.

"Habiskan masa dengan keluarga setiap minggu, makan malam semeja itu wajib.

"Tapi Allah uji, anak pandai keluar malam tanpa sedar, sampai dah buat seks dengan laki orang. Aku sampai tak tidur malam berjaga, tapi still budak sekarang licik.

"Ikutkan hati nak tibai, tapi sabar," luahnya.


Ujar lelaki yang tidak mendedahkan identiti diri itu, dia benar-benar buntu sehingga tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuk 'menyelamatkan' anak gadisnya daripada terus hanyut.

"Aku tahu Allah sayang aku, cuma apa pendapat kau? Bagi anak kahwin umur 16 tahun ke atau kena akur anak buat maksiat belakang kau?

"Kahwin awal atau macam mana? Wali buntu. Aku dah nasihat.... lembut, kasar semua dah. Dah terang bab agama sejak kecil, dah ajar bab sains daripada kecil, semua tak pakai," kongsinya lagi.



Luahan tersebut dihantar menerusi Direct Message (DM) kepada akaun @ibjela dan kemudian dikongsikan di Twitter untuk meminta nasihat warga maya.

Sehingga kini, perkongsian luahan itu meraih lebih daripada 1,200 ulang kicau.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa simpati dan terkesan dengan kisah yang sedang dialami lelaki berkenaan.

Dalam pada itu, ramai yang memberi pelbagai cadangan agar masalah melibatkan anak gadisnya ditangani dengan langkah yang sewajarnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 23-6-2023 04:02 PM
Edited by tumpanglalu74 at 23-6-2023 04:03 PM

Kau sumbat je zantan keparat tu dalam jel!!  Itu bukannye calon bakal menantu ko.  

Kalo bapak pon tolol camni tak heran la camne bende ni leh terjadi.  Anak ko tak ponah respek ko.  Dia pegi cari father figure yang lain.  Ujong2 ngesex!!
Quote edayildiz 23-6-2023 04:17 PM
mungkin kifarah dimasa lalu..tiber
tp kan kdg dia faktor genetik jgk gamaknya..genetik xmenjd..jgn lahar iols..
Quote kelip2_07 23-6-2023 04:18 PM
sng idup yg bg cdngn suh kawin tu
Quote kakikuDibibirmu 23-6-2023 04:19 PM
Tergadai tak apa, tak sengaja, dimaafkan di sisi syarak, selagi ada ter memang tak apa
Quote KamikuP 23-6-2023 04:26 PM
Bapak dia tu polis ke atau pegawai kerajaan yg makan rasyuah? - tanya jer
Quote she 23-6-2023 06:06 PM
Orang kata
Anak kalau cari kasih sayang di luar
Makna kata dia tak cukup kasih sayang di rumah

Mungkin kurang komunikasi, strict, suka pukul anak, tiada masa, tak kongsi hobi, tak pernah outing atau apa2 aje lah

Apa yang kita tanam
Itulah yang kita tuai
Masalah keluarga sendiri pun kena tanya orang luar
Walau tak kenal rupa dan nama
Nampak sangat lemah dalam pengurusan keluarga

Memang takde bincang2 dengan adik beradik sendiri ke
Quote becir 23-6-2023 06:30 PM
Tu menggadai masa depan anak kalau dikawenkan. Suruh dia sambung belajar cam biasa utk masa depan gak..orang skrg tak heran tak berdara ke hapa
Quote nolya 23-6-2023 06:42 PM
Si bapak ni tak ade  pulak cakap solat berjemaah kan?  Peranan emaknya pulak mcmane?
Quote dani-rox 23-6-2023 06:59 PM
Kau debik jugak LAKI ORG yg sah2 lebih matang dan tahu berfikir. Budak umur mcm ni memang senang di manipulate. Bagi janji bulan dan bintang, diberi mcm2 hadiah, sweet talk you're the one and only cthnya pompuan dewasa pun bole cair, inikan pulak budak 16thn.
Quote noor2 23-6-2023 07:01 PM
Jagala anak gadis masing2...
Quote awekjepun 23-6-2023 07:04 PM
Anak perempuan klo cpt cari pasangan sbb org kata xcukup kasih syg bapak. Mgkin kurang perhatian atau komunikasi. Report polis la.
Quote Kitty_catz 23-6-2023 07:10 PM
suggestion 1) kawenkan dgn laki org

suggestion 2)  masukkan sekolah pondok

tu bukan solution..tu taichi solution kasik org lain tanggung

my 2 sen
Quote Decaffeinated 23-6-2023 07:18 PM
sediakan condom yang mencukupi

Quote namr 23-6-2023 08:03 PM
birahnya la anak ko nih, tak cukup kasih syg kat rumah gitu la..
Quote ladybugz 23-6-2023 08:22 PM
bagi i mmg ada org yg diuji begini. i pun x brani nk komen lebih2 sbb i pun ada anak perempuan n mmg i risau dah kat dia walaupun umur baru mencecah 7 tahun. kat sekolah atau kat tempat die buat aktiviti pun mcm2 dia bercerita yg i rasa sgt menakutkan. once ade kat tempat my daughter training, ada budak lelaki umur 10 tahun bercerita yg dia tgk kat tik tok, dia cakap kemaluan perempuan 'berperang' dan tangan dicucuk2. mujurla my daughter tu tak paham apa2 n just repeat apa yg budak tu bgtau dia. i was so furious!!! i ni mmg banned tik tok ape semua ni tp masalahnya anak2 lain free2 je tgk mcm n duk bercerita kat kawan2 including my daughter. mmg bahaya sungguh2 nk jaga anak zaman skrg.
Quote Tinot7 23-6-2023 09:38 PM
Report puhlis je la..
Quote ninja boy 23-6-2023 10:41 PM
Edited by ninja boy at 23-6-2023 10:42 PM

Manusia semakin jahat meleluasa sana sini dan kau x boleh merepair manusia pun, melainkan kau pindah ke gunung bela kambing jadi nomad,  
Quote sharlenetexas 23-6-2023 10:42 PM
Ajar safe sex.


Quote cranell 23-6-2023 11:44 PM
terang2 bawah umur. Takkan la itu pun tak reti?

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-3-2025 10:54 PM GMT+8 , Processed in 0.057190 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top