CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Janganlan Melampau Sehingga Boikot Artis Kerana Fesyen Pelik' - Noryn Aziz

23-6-2023 03:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 232| Komen: 2

“Artis memang suka berkarya dan berilah ruang kepada mereka untuk melakukannya."

Demikian kata Noryn Aziz atau nama penuhnya Norazmahwati Abdul Aziz, 46.

Katanya, fesyen pelik atau sebaliknya, semua itu merupakan perkara penting kepada seseorang artis untuk mempersembahkan idea secara visual.




“Namun jika terlalu pelik dan kerap mendapat kritikan ramai, mungkin sesuatu perlu dilihat semula.

“Artis itu perlu selesa dengan fesyen yang digayakan dan bukannya sekadar ingin menarik perhatian semata-mata,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.

Dalam pada itu, mengulas mengenai kecaman ramai terhadap mana-mana artis yang berpakaian pelik, dia meminta teguran tersebut dilakukan dengan cara lebih berhemah.

Meskipun begitu, selebriti itu sendiri perlu juga menngambil kira semua kritikan dan tidak hanya hidup dalam dunianya sendiri sahaja.


“Kadang-kadang setiap perkara yang orang cakap perlu dititikberat. Pasti ada sebab orang mengkritik.

“Namun, teguran perlulah kena dengan caranya, janganlan melampau-lampau sehingga hendak boikot.

“Tidak elok persekitaran begitu. Hakikatnya artis bekerja keras untuk beri yang terbaik tetapi adakalanya tersasar sebab mereka hanya manusia biasa,” ujarnya.

Noryn berkata demikian bagi mengulas segelintir selebriti yang sering menerima kecaman kerana fesyen yang digayakan.

Sebelum ini, nama penyanyi Aina Abdul antara yang menjadi bualan hangat netizen kerana kerap muncul dengan busana pelik seperti berkonsepkan tilam, pasu bunga dan trofi anugerah Grammy.

Perkara tersebut menjadi pertikaian ramai sehingga ada yang melabel Aina sebagai keras kepala kerana tidak mengendahkan komen masyarakat dan ingin memboikotnya. 


Sumber: KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 23-6-2023 03:49 PM
artis2 yg pemes2 idok le baju aneh2 elok aje perform xcacat xkurang pon persembahan nya.
Quote esbok 23-6-2023 03:53 PM
daku pun suka juga tengok. sila teruskan, memang menghiburkan hati

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-10-2024 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.031078 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top