"Salam Jumaat, Watie." Demikian kapsyen di laman sosial Shuib yang sedang menghitung detik bakal menamatkan zaman dudanya di Putra Glass House, Putra Height hari ini.
Bakal diijabkabulkan dengan wanita pilihannya yang juga seorang usahawan bernama Watie Hanifiah, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, sekali lagi bakal mendirikan rumah tangga selepas pemergian isterinya, Siti Sarah Raisuddin, dua tahun lalu. Menjengah ke profil bakal mempelai ini, Shuib ada membuat perkongsian di Instagram (IG) miliknya dengan memaparkan foto dirinya tersenyum. Lebih manis, foto tersebut turut ditag profil IG Watie. “Bismillah. Salam Jumaat. 23 Jun 2023 @iamwatie,” tulis Shuib ringkas. Di ruangan komen, Watie turut tampil membalas dengan meninggalkan komen di perkongsian bapa kepada empat cahaya mata itu. Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah berharap urusan mereka berdua berjalan lancar. “Semoga Allah permudahkan segalanya buat kita, counting times,” komen Watie. Sebelum ini, media melaporkan majlis perkahwinan Shuib dan Watie mendapat tajaan bernilai lebih RM1 juta. Menurut Shuib, majlis pernikahan mereka akan berlangsung secara sederhana tanpa majlis resepsi sebaliknya mahu meraikan kedua-dua ahli keluarga. Shuib dan Watie mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu dalam satu majlis tertutup. Sumber: Xtra
|
prizadane: Overnya shading hidung Watie tu. Camne la rupa dia takde make up
cikatilia replied at 23-6-2023 02:40 PM
aku wonder tanpa shading tu camna idung dia
kembang kah
amyza82 replied at 23-6-2023 03:00 PM
Shading pun kembang setaman :lol
Kata mak zam tt, kalo hiding dh kembang, takyah bazir masa shad ...
sukacactus replied at 23-6-2023 02:46 PM
Tak sabar la tu nak berdayung sesuai dgn pic nya pun
ADVERTISEMENT