Seorang penunggang Ducati Panigale maut selepas melanggar sebuah kereta di Jalan Tanjung Lumpur berhampiran Petronas Sungai Soi di sini malam semalam. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, kejadian kira-kira pukul 9 malam itu berlaku ketika mangsa, Khairul Azhan Mohd Naim, 27, dalam pejalanan dari arah Kuantan ke Pekan.
“Apabila sampai di tempat kejadian ketika penunggang motosikal berkuasa besar itu bergerak lurus, kereta jenis Perodua MyVi keluar dari simpang kiri secara mengejut menyebabkan penunggang motosikal tidak sempat megelak dan melanggar bahagian pintu kanan hadapan kereta. “Akibat kejadian penunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian dan pemandu kereta mengalami kecederaan di bahagian rusuk kanan,”katanya di sini hari ini.
Menurut Wan Mohd Zahari mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat dan mangsa yang cedera dirawat di hospital sama. Dalam pada itu katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan giat dilakukan. Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati lokasi kejadian adalah jalan lurus dan terdapat simpang tiga dengan Sistem jalan dua lorong satu hala. “Semasa kejadian permukaan jalan adalah rata dan jalan kering dalam keadaan cuaca baik dengan tahap pencahayaan waktu malam,”ujarnya. Sumber: KOSMO! ONLINE |
CoffeeOverdose replied at 23-6-2023 03:33 PM
Kadang kereta dh bagi signal etc. tp ada spesis motosikal yg makin npk signal kereta makin pusing mi ...
Zazama replied at 23-6-2023 02:58 PM
Susah payah la engineer reka 'break dan signal' utk kereta tapi tak nak guna. Si pemandu king kan Al ...
Lolalala replied at 23-6-2023 03:40 PM
Lagi satu motor yg jenis langgar lampu merah. Kadang tu ada simpang kalau nak masuk kena tunggu la ...
CoffeeOverdose replied at 23-6-2023 02:33 PM
Kadang kereta dh bagi signal etc. tp ada spesis motosikal yg makin npk signal kereta makin pusing mi ...
Lolalala replied at 23-6-2023 02:40 PM
Lagi satu motor yg jenis langgar lampu merah. Kadang tu ada simpang kalau nak masuk kena tunggu la ...
Ayda89 replied at 23-6-2023 02:48 PM
Driver yg main keluar tiba2 tanpa bagi signal mmg anjing
sweetpea911 replied at 23-6-2023 06:05 PM
Ni keluar simpang.. bukan tukar lorong.. so mmg kena berhenti dulu dan make sure selamat untuk kel ...
ADVERTISEMENT