CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hantar Angkasawan Kedua Jika Negara Stabil, Sheikh Muszaphar Harap Dapat Cari Angkasawati Dari Sarawak

23-6-2023 02:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5606| Komen: 136

Angkasawan pertama negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor berpendapat, laluan kepada Malaysia untuk merealisasikan misinya menghantar angkasawan kedua pada 2030 akan terbuka dengan ketabilan politik dan kerajaan futuristik.


Beliau berkata inisiatif di bawah rangka tindakan Agensi Angkasa Negara Malaysia itu bertujuan menghantar angkasawati atau angkasawan wanita pertama negara ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dan pusingan pemilihan dijangka pada 2025 atau 2026.


IG

"Rangka tindakan itu adalah untuk mencari angkasawati, jadi seorang (angkasawan) wanita kali ini dan saya berharap individu itu adalah dari Sarawak," katanya kepada media selepas menyampaikan ceramah sempena penganjuran pameran replika bulan yang diberi nama Muzium of the Moon di Muzium Budaya Borneo di sini malam tadi.

Pada 2013, dilaporkan Malaysia di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Invoasi (MOSTI) dijangka menghantar kumpulan kedua angkasawan untuk menjalankan pelbagai tugasan penyelidikan di ISS menjelang 2016.


Mengenai pameran itu, beliau berkata muzium berkenaan digalakkan untuk merancang lebih banyak aktiviti pada masa akan datang yang dapat menyemai minat pengunjung muda untuk menjadi doktor, saintis dan jurutera.

Terdahulu dalam ceramah motivasi bertajuk "Perjalanan ke Angkasa", Dr Sheikh Muszaphar yang mengembara ke angkasa pada 2007 berkata kerajaan Sarawak memainkan peranan penting untuk mencetuskan minat pelajar Sarawak untuk menceburi bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata penganjuran Museum of The Moon itu memberi pendedahan yang perlu kepada penuntut universiti dan pelajar sekolah mengenai pendidikan STEM khususnya tentang bulan.

Beliau berkata pameran seperti itu seiring dengan Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 Sarawak 2030 (PCDS 2030) bagi mengiktiraf kepentingan menggabungkan sains.

"Walaupun kita masih jauh dari segi penerokaan angkasa lepas, masyarakat yang berasaskan sains dan data mesti diwujudkan sebagai asas kukuh untuk pertumbuhan masa depan dalam pendidikan STEM di semua peringkat," katanya dalam ucapan perasmian.

Penganjuran pameran bulan itu merupakan julung kali diadakan di Malaysia bermula 17 Jun sehingga 5 Ogos, memaparkan karya seniman Luke Jerram dari United Kingdom yang terkenal dengan hasil seni berskala besar.

Pengunjung akan terpukau menyaksikan replika besar bulan yang digantung di bahagian tengah muzium yang dinyalakan lampu di permukaan sfera, berukuran tujuh meter diameter, menampilkan imej terperinci permukaan bulan daripada Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).



Sumber: BERNAMA


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tipah89 23-6-2023 02:52 PM
i oll baru jumpa dia hari tu... tinggi okay cuma muka xpeloles la mcm kt ig.. tapi still utk umur dia still consider good looking.
Quote green~tea 23-6-2023 03:12 PM
Hantar kau pun belum dapat ROI..  

Dasar jantan diva..
Quote adizero11 23-6-2023 03:12 PM
sbb bg talk dekat serawak..tu psl bgtau nk angkasawan org serawak..huhu
Quote Skuau 23-6-2023 03:52 PM
Apa kata ipan online mengenai...'angkasawati dr Swak'???
Quote squeeze 23-6-2023 03:54 PM
ape keuntungan rakyat malaysia hantar dia pegi luar angkasa dulu??
Quote capiloton 23-6-2023 04:05 PM
Edited by capiloton at 23-6-2023 04:06 PM

kau pegi pun sebagai pelancong angkasa jer

eksperimen ntah hape2 tu pun org lain punya idea
balik msia, di iktiraf sebagai angkasawan negare

kali ni nak hantor perempuan pulok, for what?
Quote kakikuDibibirmu 23-6-2023 04:07 PM
Skuau replied at 23-6-2023 03:52 PM
Apa kata ipan online mengenai...'angkasawati dr Swak'???

'kita sangat berbangga angkasawan kita telah selamat meninggal dunia"

-Samy Vellu, jasamu dikenang-
Quote blue_blur 23-6-2023 04:10 PM
semoga menteri pelancongan pilih orang yang sesuai untuk disponsor menjadi pelancong di space station tu..
Quote pekanwoohoo 23-6-2023 04:16 PM
Angkasawan, tapi jadah 24/7 tunjuk content pasal anak beranak je. Siapa lah berngap ambik dia ni dulu yang pergi angkasa sana.
Quote kakikuDibibirmu 23-6-2023 04:17 PM
pekanwoohoo replied at 23-6-2023 04:16 PM
Angkasawan, tapi jadah 24/7 tunjuk content pasal anak beranak je. Siapa lah berngap ambik dia ni dul ...

Pak Lah Hadhari
Quote AbukRokok 23-6-2023 04:22 PM
Baik lagi negara syiah iran dan korea utara paria state
Walaupun xhantar angkasawan tapi ada roket sdri utk lancar satelit
Quote shi_jewel 23-6-2023 04:25 PM
hantar di space, dah kerap sangat..

cuba hantar org utk explore lautan yg dalam...kot2x terjumpa atlantis yg tenggelam..boleh buat kajian terus. lautan lagi misteri walaupun dekat2x kita jer...
Quote melekaifc 23-6-2023 04:26 PM
jual ubat timbang kilo kan skang dia ni
Quote aku_best 23-6-2023 04:31 PM
Lagi 20 tahun, hantar anak dia pulek...haha
Quote prince_marhaen 23-6-2023 04:43 PM
hantar pergi angkasa hujung2 content terpaling parenting, kuat beranakkan bini, jobless, pastu jual minyak lutut timbang kilo je...... so apa kebaikan untuk negara? Dahlah attitude diva...gi mana-mana sombong nak mamp macam orang nak sangat hadap muka kau....so yesterday okey kisah kau melancong bawak kit eksperimen orang lain kat sana tu.... btw....masih lagi dengan chep semail rebung ke tuwwww.... dulu kemain gambor dia saja penuh kat restoran tu... ekekekekeke
Quote liyamariska 23-6-2023 04:51 PM
dia ni cuma space tourist je kan, tapi cm acah2 terpaling angkasawan la sgt...

Quote dua_chzy 23-6-2023 04:55 PM
Space turis kata Senah.
Quote namr 23-6-2023 04:56 PM
jap, apa faedah hantar angka sawan???
Quote Binodino 23-6-2023 05:02 PM
1) why nak angkasawati from sarawak? State lain tak layak ke?
2) why not send dr faiz tu pulak pergi outerspace?
3) apa jasa & bakti kau dalam bidang astronomi kepada rakyat malaysia? Apa perkembangan astronomi negara since u pergi outerspace?

Lihat semua komen(136)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-3-2025 10:33 PM GMT+8 , Processed in 0.371316 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top