CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Diva AA Nak Saman Stesen TV! Suka Hati Muat Naik Video Dengan Diva BB Tanpa Kebenaran

23-6-2023 01:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1471| Komen: 13

Azwan Ali nak saman sebuah stesen televisyen gara-gara memuat naik kandungan video tular tanpa kebenaran.

Azwan atau Diva AA berkata, dia sudah berbincang dengan pihak peguam bagi meneliti perkara tersebut supaya menjadi pengajaran kepada semua pihak.


Foto: Utusan

“Saya masih terkilan dengan tindakan sebuah stesen televisyen yang menjadikan isu tular sebagai batu loncatan menaikkan rating mereka.

“Saya sudah dapat cerita sebenar daripada mulut Diva BB sendiri dan tunggu tindakan terhadap stesen tersebut,” katanya kepada Utusan.

Sejak beberapa hari lalu, tular dalam media sosial mengenai video parodi seorang pempengaruh lelaki yang menggelarkan diri sebagai Diva BB dengan meniru aksi dan gaya Azwan.

Lebih sensasi, apabila tular klip video kononnya berlaku pertemuan mesra antara Azwan dengan Diva BB yang terkenal menjual durian di Balik Pulau, Pulau Pinang.


Azwan bagaimanapun menjelaskan situasi sebenar kerana dia belum berdamai sepenuhnya dengan Diva BB yang kerap meniru aksinya.

Malah katanya, dia tidak teragak-agak mengambil tindakan saman terhadap pempengaruh tersebut kerana dianggap mencalarkan imejnya sebagai selebriti.

“Video yang tular itu berlaku secara kebetulan sebab saya ada jemputan di Balik Pulau. Ba­nyak portal dan blog tulis seolah-olah saya sudah berdamai dengan Diva BB.

“Hakikatnya, saya memang serius hendak saman sebab isu ini masih tegang. Klip video itu menunjukkan sekalipun saya berhadapan dengan musuh, saya tetap menghormati situasi sebab tempat itu sesak dipenuhi orang ramai.

“Isu parodi Diva BB sudah sampai ke peguam saya. Kita yakin ada hak dan remedi yang membolehkan kes ini dibawa ke tahap saman di mahkamah,” jelasnya. – CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosevelvet 23-6-2023 01:55 PM
Diva bb who?
Quote imransulaiman 23-6-2023 02:19 PM
Laaaaaaahhh sampai nak saman Diva BB? Betul-betul another level!
Quote Lavender_Violet 23-6-2023 02:27 PM
Whoryussssss Diva BB?
Si DD Chronicle tu ke?
Quote sleepandream 23-6-2023 02:29 PM
dia nak saman stesen tv ke diva BB?
so far berapa kes saman je yg heshe dah fail sejak jadi retis?
heshe yg kene denda belas ribu adalaaaaaa
Quote Sazreena 23-6-2023 02:39 PM
Tapi Diva BB (Botak Buncit) tu mmg sejibik nok. Kalau dia pandai, dia tukar carutan dia kepada pujian. Ala-ala identiti dalam content gituew.
Quote KamikuP 23-6-2023 02:59 PM
Diva BB botak boyak jual durian kat Balik Pulau dek non.. tapi sore mmg sebijik
Quote nakkomenjugak 23-6-2023 03:09 PM
Banyak nyeeeee masa ko diba yeye oiiii nak saman2 orangggg
min dah tak bagi duit ke?
Quote dudaberhias 23-6-2023 05:20 PM
gigih la nak saman menyaman padahal duit pun takde dan sekarang duk kat rumah landed di ulu banat semenyih jah akibat kena halau oleh management kondo marhaen mengadap klcc...

Quote pencintaABC 24-6-2023 05:57 AM
dudaberhias: gigih la nak saman menyaman pa ...
dudaberhias: gigih la nak saman menyaman pa ...
pasal isu kucing dia ke?
Quote imanjannah 24-6-2023 07:14 AM
A'A la.. BB la.. DD la.. CC ada x
Quote noor2 24-6-2023 07:47 AM
Abis yg tular kat socmed yg lain mcm insta yg ko public kat tu lain ke cane?...apa beza dgn kat TV...baikla ko saman org yg upload video ko tu kat Instagram ko ke atau mula2 tempat diuploadkan...x nk umum tgk jgnla ko upload kat memana ...
Quote Binodino 24-6-2023 07:50 AM
Gigih nak portray diri dia tu terpaling hansuang walaupun in real life orang kata dia sebenarnya baik unlike yang sorang tu on tv nampak baik tapi jumpa depan2 kerek

Quote navyna 24-6-2023 08:16 AM
dia memaki hamun org takpe pulak.. parody gitu je pun nk saman. Dh tentu2 org tu tiru je gaya ko. Bkn pi maki hamun ko tetiba mcm ko buat kat org lain

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 12:32 PM GMT+8 , Processed in 0.045240 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top