Seorang ahli perniagaan mencetus kemarahan usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri kerana mengelak membayar hutang tertunggak bernilai jutaan ringgit. Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 36, mendakwa individu berkenaan turut menjaja cerita tidak benar seolah-olah dirinya yang bersalah dalam hal ini.
Berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram, Aliff bagaimanapun berkata, dia mempunyai segala bukti termasuklah perjanjian bertulis yang sudah dibuat sebelum ini. Dalam pada itu, Aliff memberitahu dia sudah menghubungi individu tersebut dan bakal mengambil tindakan undang-undang. "Cuba teka siapa akak ni? Saya beri hint ya. Sebenarnya saya sudah cuba menghubungi dia, dah WhatsApp dan cakap baik-baik dah. "Sampai sekarang ini saya terpaksa buat tindakan peguam. Saya beri hint dia jual tudung, selalu keluar televisyen, acah-acah alim dan kaya," ujarnya. Kata Aliff lagi, dia sudah menagih hutang itu lebih tahun dan apa membuatkannya bengang melihat kehidupan mewah yang ditunjukkan wanita berkenaan. "Boleh saja saya nak tunjuk muka akak yang berhutang ni. Janji nak bayar setahun, ini sudah masuk empat tahun tak bayar. "Kereta baru mewah sempat beli, pergi umrah pakej mewah, beg prada. Hutang? Sedih! Waktu nak pinjam bukan main manis meminta," katanya. Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen meminta Aliff untuk memberi fokus kepada ibadah haji yang sedang dilakukan dan berdoa supaya usahawan berkenaan lembut hati untuk membayar semula wang yang dipinjam. "Datuk di tempat suci tu doakan yang berhutang ini lembut hati nak bayar hutang kita. Tenang Datuk. "Lagi berapa hari nak hari wukuf, perbanyakkan ibadah, ikhlaskan hati, lapangkan dada berserta doa. Moga-moga terbuka hati orang yang berhutang itu," tulis netizen. Pada Rabu lalu, Aliff berangkat menunaikan ibadah haji bersama anak lelakinya iaitu Ammar Ahyan. Kata Aliff, ini peluang dia menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah selepas 15 tahun dan berharap agar pengikutnya mendoakan semua urusan mengerjakan ibadah itu selain dapat berubah menjadi insan lebih baik selepas pulang kelak. Sumber: mStar
|
meowww05 replied at 23-6-2023 03:48 PM
ada terbaca komen D'H*** kononnya. Ntah la.
tikusmontok replied at 24-6-2023 07:55 AM
Siapa lak yang kuang haja tak reti bayor utang tu?
LadyCarefree replied at 24-6-2023 09:02 AM
alep dah mengiyakan ponder tudung d'haja ke apa nama tu. xpernah dgr nama tudung tu.
ADVERTISEMENT