Gelagat Elly Arifin mengusik bekas suaminya, Jiggy Masin mencuit hati ramai. Dalam video yang dimuat naik di TikTok, Elly dilihat merakam Jiggy dari jarak jauh sambil menyanyikan lagu Selamat Pengantin Baru.
Elly bertanyakan kepada Jiggy mengapa tidak mengundang dia sewaktu hari pernikahannya bersama isteri baharu, Dhabitah Sabri. Menurut Elly, dia sebagai bekas isteri terpaksa menjawab segala pertanyaan media mengenai berita pernikahan pelawak itu. "Kenapa kau (Jiggy) tak jemput aku eh? Kau kurang ajar ye. Aku kena jawab segala tomahan-tomahan media tau. "Segala keceman netizen aku kena sebab kau. Sebab kau, kau punca. Jadi orang kata aku gatal dengan bekas suami."
|
anilanil replied at 23-6-2023 08:34 AM
Putih mayat dah
ADVERTISEMENT