Rozita Che Wan belikan gelang emas buat ibunya sempena nak sambut Aidiladha. Menerusi rakaman video yang dimuat naik di TikTok, Che Ta dilihat hadir ke sebuah kedai emas bersama ibunya.
Di ruangan kapsyen, dia membawa ibunya untuk membeli gelang emas baharu bersempena raya haji dan akui rambang mata apabila tiba di kedai tersebut. "Bawa mak pergi beli gelang raya haji. Rambang mata datang." Che Ta juga dilihat mengeluarkan sejumlah wang bernilai RM30,000 daripada beg tangannya untuk membayar gelang tersebut secara tunai. Di ruangan komen rata-rata netizen memuji sikap Che Ta yang sentiasa berkongsi rezeki dengan keluarganya.
|
vanillaninja replied at 23-6-2023 08:30 AM
Ada lagi ye orang yang shop pakai cash sedebuk gitu. I sekarang mana2 tak bawak cash. Beli lauk camp ...
ADVERTISEMENT